29 Oktober 2026 – Malam pertama Karnival Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berlangsung meriah di Stadium Kulim menerusi penganjuran Malam Cinta Rasul.

Program yang dihadiri YBhg. Dato’ Yang Dipertua; YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK, Puan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, barisan pengarah MPKK serta orang ramai ini diserikan dengan persembahan daripada kumpulan Raihan, Isyqal Musthofa dan Fareast yang menyemarakkan suasana dengan alunan selawat dan lagu-lagu berunsurkan kerohanian.

Semoga penganjuran ini menjadi wadah menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, mengeratkan ukhuwah dan menyatukan masyarakat dalam suasana penuh keberkatan.

Pakat mai ramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang karnival yang sedang berlangsung sehingga 1 November 2026!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#Karnival25TahunJubliPerakMPKK

Skip to content