KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
| BIL | TAJUK | NO SEBUT HARGA | KOD BIDANG |
| 1. | SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER DAN KATRIJ MESIN PENCETAK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BAGI TEMPOH 1 TAHUN | NO. 31/2026 (ICT) | 020601 |
Harga Dokumen : RM20.00 SENASKAH (TUNAI)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga Dan Tender, Tingkat 4, Bahagian Perolehan, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 03 NOVEMBER 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 10 NOVEMBER 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga Dan Tender, Tingkat 4, Bahagian Perolehan, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 02 NOVEMBER 2026