Persembahan istimewa figura muzik tanah air, Datuk Awie, Kumpulan KAPAK dan Datuk Amy Search, menjadi antara pengisian yang memeriahkan Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November 2026.

Kemeriahan persembahan serta sambutan para pengunjung menjadikan detik ini antara kenangan manis dalam meraikan perjalanan 25 tahun MPKK bersama masyarakat Kulim.

Lebih daripada sekadar persembahan hiburan, sambutan Jubli Perak ini menjadi wadah mempererat hubungan antara MPKK dengan komuniti menerusi pelbagai pengisian kemasyarakatan, aktiviti kekeluargaan, sukan rakyat, kebudayaan dan penglibatan ekonomi setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh masyarakat, para pengunjung serta semua pihak yang bersama-sama memeriahkan sambutan bersejarah ini.

25 tahun berlalu, komitmen MPKK untuk terus berkhidmat dan membangunkan Kulim yang sejahtera tetap menjadi keutamaan.

Klik untuk gambar sekitar program

MajlisPerbandaranKulim

#Karnival25TahunJubliPerakMPKK

Skip to content