MBAS SERAH NOTIS PEMAKLUMAN TINDAKAN SENARAI HITAM CTOS KEPADA PEMILIK PEGANGAN TERTUNGGAK CUKAI TAKSIRAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 29 Oktober 2026 — Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerusi Unit Tindakan Khas, Bahagian Hasil melaksanakan tindakan penyerahan notis pemakluman berhubung cadangan penyenaraihitaman dalam Credit Tip-Off Service (CTOS) terhadap pemilik pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran di bawah kawasan pentadbirannya.
 
Penyerahan notis yang dilaksanakan sekitar Jalan Sultanah Bahiyah itu bertujuan memaklumkan kepada pemilik pegangan mengenai tindakan lanjut yang boleh diambil sekiranya tunggakan cukai taksiran gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
 
Tindakan berkenaan diambil susulan kegagalan pemilik pegangan menjelaskan cukai taksiran mengikut tempoh pembayaran yang ditetapkan, selaras dengan peruntukan Seksyen 147, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
 
MBAS mengingatkan semua pemilik pegangan supaya mengambil perhatian terhadap notis yang diterima dan menjelaskan tunggakan cukai taksiran dengan segera bagi mengelakkan tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang.
 
Skip to content