KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SIME DARBY PROPERTY KE MPSPK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sime Darby Property yang diketuai oleh Managing Director Property Development (MD PD) Sime Darby Property, Dato’ Ir. Mohd Sohimin bin Mohd Alayedin.

Turut hadir dalam delegasi tersebut ialah General Manager, New Ventures & Affordable Homes, Cik Sharon Ruba Krishnamurthy; Head of Township, Juhairi bin Hashim; Head of Land Management, Encik Ismail Mohd Tahir; serta wakil rakan usaha sama Sime Darby bagi projek Perumahan Mampu Milik di Gurun, Dato’ Hj. Megat Azhar Hj. Hussein daripada CT World Development. ‎

Kunjungan tersebut bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini cadangan pembangunan Perumahan Mampu Milik di atas sebahagian Lot 60091, Bandar Gurun, Daerah Kuala Muda, Kedah yang dilaksanakan melalui syarikat usaha sama, Seed Homes CT Sdn. Bhd.

Sesi pertemuan turut merangkumi penerangan berhubung status semasa pembangunan, proses perancangan dan pelaksanaan projek serta pertukaran pandangan dan maklum balas berkaitan cadangan pembangunan tersebut.

Delegasi telah disambut oleh Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah bersama Pengarah Jabatan Bangunan, Encik Suhairi bin Mustaffa; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Puan Nurazureen binti Daud; Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Encik Mohd Zahir bin Salleh serta Pengarah Bahagian Pusat Setempat (OSC), Encik Mohd Zulidzham bin Mohd Ali.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara MPSPK dan Sime Darby Property dalam memastikan perancangan pembangunan perumahan mampu milik yang teratur, mampan dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.


Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content