𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 & 𝐏𝐑𝐀 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐊 𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 / 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 – 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀

4 November 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) meneruskan sesi Taklimat Pra Pendaftaran dan Pra Undian Petak Niaga Bazar Ramadan 2027/1448H bagi hari kedua bertempat di Dewan Bandaran Kulim, melibatkan pemohon dari kawasan Kulim, Taman Selasih dan Taman Sang Kancil.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Norashikin binti Suhami, Pegawai Teknologi Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim; Puan Norhasniza binti Khazari, Ketua Cawangan Bank Muamalat Kulim; Encik Mohd Hilmi Danial bin Helmy Sham, Pegawai Jualan dan Pemasaran, E-Idaman Kulim; serta Encik Mohamad Firdaus bin Saiden, Ketua Unit Peniaga Kecil & Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPKK.

Sesi taklimat ini memberi penekanan terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan, pengurusan kewangan, pengurusan sisa pepejal serta pematuhan syarat-syarat penjajaan bagi memastikan pelaksanaan Bazar Ramadan 2027 berlangsung dengan lebih teratur, selamat dan sistematik.

MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peniaga yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga perkongsian ilmu dan maklumat ini menjadi panduan kepada para peniaga dalam membuat persediaan bagi menghadapi musim perniagaan Ramadan yang akan datang.

MPKK turut menjemput semua pemohon Bazar Ramadan 2027/1448H bagi kawasan Taman Mutiara, Taman Desa Aman, Taman Lobak, Taman Sena, Taman Bandar Permata Lunas dan Taman Cinta Sayang untuk menghadiri sesi taklimat hari terakhir yang akan berlangsung esok, 5 November 2026 (Khamis), mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Dewan Bandaran Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content