SESI PERBINCANGAN PEMULIHARAAN DAN NAIK TARAF BANGUNAN PEJABAT POS BESAR ALOR SETAR LAMA (BANGUNAN WARISAN)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 4 November 2026 — Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil Pos Malaysia berhubung cadangan pemuliharaan dan kerja-kerja naik taraf Bangunan Pejabat Pos Besar Alor Setar Lama yang merupakan salah satu bangunan warisan bersejarah di bandar raya Alor Setar.
 
Sesi perbincangan ini turut melibatkan pihak Perunding Arkitek bagi membincangkan aspek teknikal, pendekatan pemuliharaan serta cadangan kerja-kerja naik taraf bangunan dengan mengambil kira nilai sejarah, seni bina dan identiti warisan bangunan tersebut.
 
Perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Aula ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Bangunan, Y.Brs. Ts. Azhan bin Ramli. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perancang dan Pembangunan, Puan Hasmahanum binti Hamzah; Timbalan Pengarah Kejuruteraan, Encik Ahmad Sujairi bin Md Hassan; serta Ketua Bahagian Arkitek, Encik Mustazha bin Zahidin, bersama wakil Pos Malaysia dan pihak Perunding Arkitek.
 
Sesi ini merupakan platform penting bagi menyelaras pandangan dan kepakaran teknikal antara pihak berkepentingan bagi memastikan cadangan pemuliharaan serta naik taraf dilaksanakan secara terancang, bersesuaian dengan prinsip pemuliharaan bangunan warisan.
 
MBAS komited untuk memastikan khazanah seni bina dan warisan sejarah bandar raya Alor Setar terus dipelihara, di samping memberi nilai tambah kepada pembangunan bandar yang mampan.
 
“Memelihara Warisan, Mengangkat Identiti dan Memartabatkan Sejarah Bandaraya Alor Setar.”
 
Skip to content