


Jabatan Perancangan dan Landskap, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan alat senaman baharu serta pembaikan alat permainan kanak-kanak yang mengalami kerosakan di Padang Komuniti Taman Seri Akasia.
Pelaksanaan kerja-kerja ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPKK dalam meningkatkan kualiti kemudahan awam serta menyediakan ruang rekreasi dan riadah yang lebih selesa, selamat dan mesra pengguna untuk manfaat penduduk setempat.
Melalui penambahbaikan ini, MPKK berharap agar kemudahan yang disediakan dapat menggalakkan amalan gaya hidup sihat, aktiviti riadah seisi keluarga serta mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan komuniti.
Orang ramai turut diseru agar bersama-sama menjaga dan menggunakan kemudahan yang disediakan secara berhemah demi keselesaan serta manfaat bersama.