MBAS SERTAI KELAB PEREMPUAN MEMBACA DENGAN TEMA “PEREMPUAN DAN KERJAYA”

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 14 November 2026 – Perbadanan Kota Buku (Kota Buku), selaku penaung Kelab Perempuan Membaca, meneruskan siri jelajah literasi ke wilayah utara menerusi penganjuran Pertemuan Keempat Kelab Perempuan Membaca bertemakan “Perempuan dan Kerjaya” bertempat di Skyview Revolving Glass Hall, Menara Alor Setar, Kedah. Program telah disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.
 
Program yang diuruskan dengan kerjasama Persatuan Booktube Malaysia menerusi inisiatif Kelah Buku ini dianjurkan secara berkala bagi membina komuniti wanita yang aktif membaca, berfikir secara kritis, dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui perkongsian ilmu serta pengalaman. Bertemakan “Perempuan dan Kerjaya”, pertemuan kali ini membuka ruang untuk berkongsi bacaan, pandangan dan pengalaman tentang perempuan dalam dunia kerjaya.
 
Pihak MBAS telah dihadiri oleh Ketua Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan MBAS, Puan Siti Fazlina Abd Tafaruddin dan Ketua Bahagian Hasil MBAS, Puan Azalina Abdu Rahaman.
 
Skip to content