MASJID KARIAH MATANG GEDONG, KAMI DATANG

KAUNTER VAN BERGERAK CUKAI PINTU MPSPK

Bagi memudahkan urusan pembayaran cukai pintu, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan membawa perkhidmatan Kaunter Van Bergerak ke Masjid Kariah Matang Gedong bagi memberikan kemudahan kepada penduduk setempat untuk menjelaskan bayaran cukai pintu dengan lebih mudah, cepat dan selesa.

Tarikh: Jumaat, 20 November 2026
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Masjid Kariah Matang Gedong

PEMBAYARAN LEBIH MUDAH, URUSAN LEBIH LANCAR

Semua pelanggan disarankan untuk mengaktifkan kad debit, kad kredit atau perbankan dalam talian bagi memudahkan urusan pembayaran di kaunter.

MPSPK sentiasa komited mendekati masyarakat melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih mudah diakses, cekap dan mesra pelanggan.

Jom manfaatkan kemudahan ini! Bersama MPSPK, Memperkasa Perkhidmatan Demi Kesejahteraan Komuniti.

Skip to content