MPSPK SANTUNI KAKITANGAN MPSPK BERBANGSA INDIA SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI
Dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menyampaikan sumbangan kepada 12 orang kakitangan MPSPK berbangsa India sempena sambutan Hari Deepavali.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha MPSPK, Mohamad Hilmi bin Marzuki, bersama Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Ashri bin Omar, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Ruang Legar, Aras 5, Menara MPSPK.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah pengarah-pengarah jabatan dan bahagian MPSPK.
Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan pihak majlis dalam menghargai kebajikan kakitangan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, sekali gus memupuk semangat kekeluargaan serta keharmonian dalam organisasi.
MPSPK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga kerja dan masyarakat yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kegembiraan bersama keluarga tersayang.
Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program







