KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Sebutharga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK di bawah kod bidang bagi menyertai sebutharga berikut.

BILNO SEBUT HARGATAJUK KOD BIDANG PENDAFTARAN
1.104/2026 (KEJ)PERKHIDMATAN MENGHANTAR, MEMASANG, DAN MENYEWA KHEMAH (CANOPY) UNTUK BAZAR RAMADHAN MPSPK 2027 UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

221506

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan (Bahagian Perolehan) mulai 25 November 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 4.30 petang
Khamis:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 3.00 petang

Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Akuan Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.

Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan harga RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (Kad Debit/Kad Kredit/boost/touch n go).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 06 DISEMBER 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 22 NOVEMBER 2026

Skip to content