MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO INOVASI & TRANSFORMASI MALA BIL. 3/2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Klang, 20 November 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Biro Inovasi & Transformasi Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Bil. 3/2026 telah berlangsung pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 6, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Klang, Selangor.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tn. Hj. Bohari Md. Yusof yang mewakili YBhg. Datuk Bandar Alor Setar selaku Pengerusi Biro Inovasi & Transformasi MALA.
 
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berbangkit serta menyelaras persiapan bagi penganjuran Pertandingan Inovasi MALA 4.0 Piala YB Menteri KPKT (2026–2027), khususnya bagi pelaksanaan peringkat saringan yang dijadualkan berlangsung di Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Perak pada awal tahun hadapan.
 
Penganjuran pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh budaya inovasi, kreativiti dan transformasi dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT), di samping menggalakkan penghasilan idea serta pendekatan baharu ke arah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
 
Diharapkan segala perancangan dan persediaan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan penganjuran Pertandingan Inovasi MALA 4.0 mencapai objektif yang ditetapkan.
 
Skip to content