PERMOHONAN PERMIT PERNIAGAAN SEMENTARA BARANGAN PERSIAPAN HARI PERAYAAN TAHUN 2027 KINI DIBUKA

Peluang kepada para peniaga yang berminat untuk menjalankan aktiviti perniagaan sementara sempena sambutan

Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri 2027.

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) mempelawa orang ramai yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan permit perniagaan sementara bagi penjualan barangan persiapan hari perayaan.

TEMPOH PERMOHONAN
22 November hingga 10 Disember 2026.

SYARAT PERMOHONAN

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Salinan Pendaftaran Perniagaan (SSM) pemohon.
  • Gambar lokasi perniagaan yang dipohon.
  • Peta lokasi perniagaan yang dipohon.

CARA PERMOHONAN
Imbas kod QR pada poster untuk memuat turun borang permohonan.
Lengkapkan borang berserta dokumen yang diperlukan.
Serahkan permohonan di Kaunter Jabatan Pelesenan, Aras 3, MPSPK.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
04-429 6666 / 6853

Orang ramai dinasihatkan agar mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan urusan permohonan dapat diproses dengan teratur.

Ayuh, rebut peluang berniaga secara sah dan berpermit

Bersama-sama kita mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih tersusun, teratur dan kondusif demi kemakmuran ekonomi setempat.

Skip to content