MDBB TERIMA ANUGERAH BANDAR MAMPAN MURNInets 2.0 TAHUN 2026
22 NOVEMBER 2026 (AHAD) | TAMAN TASIK PUTRA, KULIM, KEDAH
Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) menerima Anugerah Bandar Mampan MURNInets 2.0 Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2026 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman. MDBB merupakan antara 11 pihak berkuasa tempatan di Kedah yang mencapai status Bandar Mampan dalam penilaian tahun ini.
Sambutan tersebut dianjurkan oleh PLANMalaysia Kedah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah. Sambutan tahun ini mengangkat tema “Bandar Kita, Masa Depan Kita: Ke Arah Pembangunan Lestari, Nikmat Untuk Semua”.
Pengiktirafan ini mencerminkan usaha bersama warga kerja MDBB dan agensi pembekal data dalam menyediakan maklumat bagi penilaian kemampanan Daerah Bandar Baharu. Dapatan penilaian ini menjadi rujukan kepada MDBB untuk mengenal pasti bidang yang perlu ditambah baik dalam perancangan pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk.
MDBB merakamkan penghargaan kepada semua bahagian dan unit MDBB serta agensi pembekal data atas kerjasama dan komitmen sepanjang proses penilaian. Terima kasih juga kepada PLANMalaysia Kedah dan MPKK atas penganjuran sambutan ini.
Selamat Menyambut Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2026!





