KOMPLEKS PELANCONGAN JETI SEMELING TAWARKAN PELBAGAI TARIKAN

Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sungai Merbok merupakan salah satu lokasi yang menawarkan pelbagai tarikan berkaitan alam semula jadi, sejarah dan warisan untuk dikunjungi bersama keluarga serta rakan-rakan.

Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman menyusuri Sungai Merbok menerusi aktiviti River Cruise sambil melihat keindahan ekosistem dan persekitaran semula jadi di sepanjang sungai.

Selain itu, kompleks ini turut menempatkan tiga galeri yang mengetengahkan khazanah dan keunikan kawasan sekitar, iaitu Galeri Geopark Jerai, Galeri Biodiversiti Merbok dan Galeri Kedah Tua. Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat aspek geologi, biodiversiti, sejarah dan warisan kawasan Sungai Merbok.

Bagi pengunjung yang gemar mengabadikan kenangan, terdapat pelbagai lokasi menarik yang sesuai dijadikan port OOTD. Tempahan boleh dibuat dengan mendapatkan maklumat lanjut di Pejabat Penerangan.

Kompleks ini turut menyediakan kemudahan auditorium dan bilik serbaguna yang sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti seminar, taklimat, perbincangan serta program berskala kecil.

TEMPAHAN & PERTANYAAN

River Cruise : 04-429 6764 (Admin) / 014-301 2578 (Encik Findi) / 011-3601 1876 (Puan Amira Yunalis)

Dewan : 04-429 6764 (Admin)

Jadikan Kompleks Pelancongan Jeti Semeling sebagai salah satu destinasi pilihan untuk meneroka keindahan alam, khazanah biodiversiti serta sejarah dan warisan Sungai Merbok.

Skip to content