LAWATAN SETIAUSAHA MBAS KE STADIUM MINI PREMBA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
ALOR SETAR, 23 NOVEMBER 2026 – Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), En. Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin, bersama pengarah dan ketua bahagian MBAS telah mengadakan lawatan kerja ke Stadium Mini Premba serta kawasan rekreasi di sekitarnya bagi meninjau keadaan dan tahap penyelenggaraan kemudahan awam di kawasan berkenaan.
 
Lawatan ini bertujuan melihat sendiri keadaan semasa fasiliti stadium dan kawasan rekreasi, di samping mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung isu serta aduan yang dibangkitkan oleh orang awam.
 
Antara perkara yang diberi perhatian sepanjang tinjauan tersebut termasuk aduan berkaitan penyelenggaraan padang, keadaan pagar yang rosak, isu anjing liar di sekitar kawasan rekreasi serta prestasi kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelenggaraan.
 
Selain itu, tinjauan turut memberi tumpuan kepada prestasi kutipan hasil Stadium Mini Premba serta perkara-perkara lain yang memerlukan perhatian dan tindakan penambahbaikan.
 
Skip to content