LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG (MPP) KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 November 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Jabatan Kesihatan Awam Dan Pelesenan, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).
 
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta meneroka amalan terbaik (best practices) yang dilaksanakan oleh MBAS, khususnya dalam aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan pelesenan yang lebih cekap, sistematik dan berkesan.
 
Delegasi MPP diketuai oleh Puan Norzahratul Binti Nordin, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan diiringi Puan Norsyazana Binti Mohd Shafiee, Pegawai Tadbir serta pegawai-pegawai MPP yang disambut oleh Puan Narisa binti Mohd Hashim, Timbalan Pengarah (Kawalan dan Operasi), Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS.
 
Antara pengisian utama lawatan ialah sesi taklimat dan perkongsian berkaitan MBAS Instant Licence Approval (MILA) yang telah disampaikan oleh Ts. Mohd Fairul Hisyam bin Mazlan, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS.
 
Sesi perkongsian ini memberi pendedahan kepada pihak MPP mengenai pelaksanaan inovasi MILA sebagai inisiatif mempercepatkan proses kelulusan lesen perniagaan, mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
 
Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak, di samping menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik ke arah memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
 
 
Skip to content