KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK serta mempunyai Lesen KDN adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BILTAJUKNO SEBUT HARGAKOD BIDANG
1.SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API UNTUK KOMPLEKS SP PLAZA, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BAGI TEMPOH 1 TAHUNNO. 48/2026 (NIL)

221801

Harga Dokumen : RM20.00 SENASKAH (TUNAI)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Bahagian Perolehan, Menara MPSPK Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 29 NOVEMBER 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 4.30 petang
Khamis:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Lesen KDN dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 07 DISEMBER 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga Dan Tender, Tingkat 4, Bahagian Perolehan, Menara MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 29 NOVEMBER 2026

Skip to content