PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MBAS DAN JHEAIK SEMPENA PRA PEMBUKAAN PADANG BOLA SEPAK ARENA WAN SEVEN, ALOR SEMADOM

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 26 November 2026 – Perlawanan persahabatan bola sepak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang telah berlangsung petang semalam, bertempat di Padang Bola Sepak Arena Wan Seven, Alor Semadom, Alor Setar.
 
Perlawanan persahabatan ini dianjurkan bersempena dengan pra pembukaan Padang Bola Sepak Arena Wan Seven, yang dahulunya dikenali sebagai ‘Padang Rangers’ kini telah dinaik taraf dengan kemudahan sukan berkonsepkan ‘mini football’ dan dilengkapi dengan penggunaan rumput tiruan ‘Vivaturf Artificial Grass’ bagi menyediakan permukaan permainan yang berkualiti dan selesa.
 
Perlawanan turut diserikan dengan kehadiran Pengarah JHEAIK, Syeikh Mohamad Subhi Abdullah; Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Dato’ Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim Tuan Setiausaha MBAS, Mohamad Shahuri Mohamad Norlin serta pegawai-pegawai MBAS, JHEAIK dan Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman.
 
Untuk makluman, Padang Bola Sepak Arena Wan Seven akan mula dibuka untuk tempahan orang ramai secara rasmi bermula 1 Disember 2026. Kemudahan ini diharap dapat menjadi salah satu pilihan lokasi aktiviti sukan dan rekreasi, khususnya bagi peminat bola sepak di bandaraya Alor Setar.
 
Orang ramai yang berminat boleh mula membuat tempahan mulai tarikh tersebut dengan menghubungi maklumat yang tertera di poster bagi menikmati kemudahan padang bola sepak yang disediakan.
 
 
Skip to content