SESI LIBAT URUS BERSAMA PENIAGA PASAR PAGI FAMA KUALA KEDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Kuala Kedah, 25 November 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) terus memperkukuh pendekatan komunikasi dan kerjasama bersama komuniti peniaga menerusi Sesi Libat Urus Bersama Peniaga Pasar Pagi FAMA Kuala Kedah yang berlangsung di tapak pasar berkenaan, pagi semalam.
 
Sesi yang melibatkan seramai 36 orang peniaga itu bertujuan memberikan penerangan serta menyelaraskan perkara berkaitan pengurusan pasar dan keperluan pelesenan bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan di bawah seliaan MBAS mematuhi peraturan dan ketetapan yang berkuat kuasa.
 
Sebagai langkah memudahkan urusan peniaga, kemudahan pengeluaran lesen serta-merta turut diberikan di tapak kepada peniaga yang terlibat. Inisiatif ini dapat membantu mempercepatkan proses pelesenan serta memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah dan teratur.
 
Melalui sesi libat urus ini, pihak MBAS berharap agar kerjasama dan komunikasi dua hala antara pihak Majlis dengan para peniaga dapat diperkukuhkan demi memastikan pengurusan pasar yang lebih teratur, bersih dan kondusif.
 
Komitmen bersama ke arah persekitaran perniagaan yang lebih baik.
 
Skip to content