PERMOHONAN  TAMBAHAN BANGUNAN

PERMOHONAN TAMBAHAN BANGUNAN (KELULUSAN 24 JAM)
 
APA ITU TAMBAHAN / PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN
Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (AKTA 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL), tambahan bangunan adalah:-
i
Menambah atau mengubah mana-mana bangunan yang sediada dengan cara melibatkan binaan bumbung baru atau separuh baru atau tambahan berdinding di atas tapak baru ataupun asas tapak sediada.
ii
Memperbaharui atau membaiki mana-mana bangunan sediada dengan melibatkan pembaharuan, pembinaan semula atau mendirikan mana-mana bahagian daripada dinding sebelah luar.
iii
Meruntuh dan membina semula atau menambah kepada suatu bangunan dengan cara yang melibatkan lebih daripada separuh daripada luas permukaan dinding dan sekatan atau separuh daripada luas permukaan lantai/ bumbung.
iv
Kerja-kerja memecah bahagian bilik-bilik dan bahagian-bahagian bangunan serta memecah bahagian bilik menjadi bilik-bilik yang lebih kecil.
   
JENIS-JENIS BINAAN DAN BAYARAN PROSES/CAGARAN
 Porch/Anjung/Semurup/AwningRM 50.00
 PagarRM 50.00
 Tambahan Berdinding (minimum)RM 35.00
 Deposit bahan-bahan binaanRM 36.00
 Pelan Konkrit TetulangRM 45.00
   
 Cagaran 
 
  • Kerja-kerja kecil
RM100.00
 
  • Rumah teres kos rendah
RM200.00
 
  • Rumah kos sederhana, berkembar, dua tingkat, sesebuah, kedai dll
RM300.00
   
 Pelan Konkrit TetulangRM  45.00
   
 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
   
 Bagi Kerja-kerja Kecil Bangunan 
(Pecah dinding, pecah bilik, pagar, porch/anjung/semurup/awning dan tukar 
bumbung)
I
1 salinan hakmilik sementara tau geran
II
1 salinan surat perjanjian jual/beli
III
1 salinan resit bayaran cukai pintu terkini
IV
1 salinan  bayaran  pindahmilik  jika nama pemohon tidak dinyatakan  pada  resit  cukai  pintu  yang  dikemukakan
V
1 salinan kad pengenalan pemohon (mengikut bilangan penama)
VI
4 lakaran pelan lantai menunjukkan bahagian tambahan yang dipohon (ditandakan dengan merah bagi tambahan baru dan biru bagi binaan yang diroboh)
VII
Surat izin dan 1 salinan kad pengenalan tuan punya premis jika pemohon bukan pemilik premis yang dipohon
   
Bagi Binaan Berdinding (Dikemukakan oleh Arkitek Bertauliah/ Pelukis Pelan Berdaftar)
   
I
Surat Permohonan
II
Borang A
III
Kiraan proses serta bayaran mengikut kiraan
IV
1 salinan Hakmilik Gementara atau Geran
V
1 salinan Surat Perjanjian Jual/Beli
VI
1 salinan resit bayaran Cukai Pintu terkini
VII
1 salinan resit bayaran pindahmilik jika nama pemohon tidak dinyatakan pada resit Cukai Pintu yang dikemukakan
VIII
Salinan Kad Pengenalan pemohon/pemilik (mengikut penama pada geran)
IX
Salinan pelan pemohonan yang lengkap
X
1 Salinan CD format JPEG (Salinan OSC)
XI
Surat Perakuan Orang Yang Berkelayakan Berkaitan Status dan Gambar Semasa Tapak Cadangan
XII
Surat Aku Janji Pemilik Bangunan/Tanah dan PErunding yang dilantik supaya binaan bangunan mematuhi syarat kelulusan
XIII
4 salinan pelan konkrit tetulang untuk didaftarkan serta
XIIV
Borang A (bagi binaan tambahan yang melebihi 50% daripada bangunan asal,binaan struktur konkrit tetulang atau binaan 2 tingkat atau lebih

PERMOHONAN TAMBAHAN BANGUNAN

SYARAT-SYARAT BAGI PERMOHONAN  
KERJA-KERJA KECIL BANGUNAN  (TAMBAHAN BANGUNAN)
Cadangan tambahan/pindahan ke atas unit kediaman jenis sesebuah 
dan berkembar
 
I
Jarak garisan bangunan hadapan adalah 6096mm (20`0”) dan di bahagian tepi serta belakang (untuk sempadan bersama) adalah 2000mm (6`6”).
II
Bagi lot tepi yang berhadapan dengan jalan raya utama, tambahan teres terbuka (anjung) sahaja yang dibenarkan dengan meninggalkan anjakan 3084mm (10`0”).
III
Bagi cadangan teres terbuka (anjung) untuk bahagian yang bersisikan lot jiran dan cadangan tambahan teres terbuka untuk belakang adalah dibenarkan dengan jarak minimum 2000mm.
IV
Bagi cadangan tambahan berdinding untuk belakang dibenarkan jarak minimum 2000mm daripada sempadan lot belakang/jiran, jika terdapat lorong belakang, jarak minimmum adalah 305mm (1`0”).
V
Bagi tambahan berdinding untuk bahagian yang bersisikan lot jiran, jarak minimum daripada sempadan sisi adalah 2000mm.
VI
Bagi tambahan teres terbuka (porch) jarak minimum adalah 2000mm daripada sempadan hadapan ke hujung bumbung.
   
Cadangan tambahan/pindahan ke atas rumah teres satu tingkat
 
I
Bagi tambahan teres terbuka hadapan (porch) jarak minimum yang dibenarkan adalah 2000mm daripada sempadan hadapan ke hujung bumbung.
II
Bagi rumah tepi bersisikan jalan utama, cadangan tambahan teres terbuka adalah dibenarkan dengan jarak minimum 3048mm daripada sempadan tepi.
III
Bagi rumah tepi bersisikan rizab parit/longkang, cadangan tambahan teres terbuka atau tambahan berdinding dibenarkan sehinggan tepi sempadan lot tetapi perlu meninggalkan anjakan 305mm daripada sempadan tepi.
IV
Bagi cadangan tambahan berdinding belakang dimana ada disediakan lorong belakang, tambahan yang dibenarkan hanyalah setingkat sahaja, jarak garisan bangunan adalah 305mm daripada sempadan belakang.
V
Bagi cadangan tambahan di atas pembentung (tangki najis), dibenarkan tambahan teres terbuka sahaja dan tambahan tersebut perlu selari dengan tambahan belakang dimana jarak 305mm perlu dipatuhi.
VI
Bagi projek perumahan yang menggunakan Sistem Pembentungan Berpusat (kolam pembentungan IWK), binaan tambahan berdinding belakang boleh dibina dengan syarat penutup manhole boleh dibuka bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
   
Cadangan tambahan/pindahan ke atas bangunan kedai satu/dua tingkat
   
I
Bagi cadangan tambahan sisi bangunan kedai (corner lot) dimana terdapat lorong sisi, tambahan teres terbuka atau tambahan berdinding hendaklah meninggalkan anjakan 305mm daripada sempadan tepi.
II
Bagi cadangan tambahan sisi bangunan (corner lot) dimana tidak terdapat lorong sisi, teres terbuka atau tambahan berdinding hendaklah meninggalkan anjakan 3048mm daripada sempadan tepi.
III
Bagi cadangan tambahan berdinding belakang, binaan hendaklah meninggalkan anjakan 305 mm daripada sempadan belakang
  
PANDUAN SYARAT KELULUSAN TAMBAHAN BANGUNAN
Syarat kelulusan
  
I
Kelulusan permohonan tambahan/pindaan dibenarkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat dan pelan kelulusan.
II
Pemohon hendaklah membuat permohonan memperbaharui tempoh kelulusan selepas tamat tempoh yang dibenarkan.
III
Keluasan binaan tambahan/pindahan adalah tertakluk seperti yang diluluskan dan dibenarkan di dalam surat dan pelan kelulusan sahaja, Notis Meruntuh Bangunan akan dikeluarkan sekiranya binaan tambahan/pindaan didapati mentimpang daripada syarat keluasan yang dibenarkan.
IV
Surat dan pelan kelulusan hendaklah disimpan ditapak semasa proses pembinaan untuk pemeriksaan oleh MPKK.
V
Arkitek/pelukis pelan/jurutera yang dilantik oleh pemilik premis hendaklah mengawasi kerja pembinaan dari awal sehingga siap bagi memastikan ikatan bangunan dibina mengikut pelan yang telah diluluskan.
VI
Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya keatas segala kerosakkan dan pembaikan semula kemudahan awam akibat daripada kerja-kerja pembinaan tersebut.
  
Bahan-bahan Binaan Lot Tengah
I
Bahan-bahan dan peralatan pembinaan hanya dibenarkan diletak di lorong belakang dengan syarat tidak lebih dari separuh keluasan jalan.
II
Kawasan tersebut hendaklah berlapik sepenuhnya sebelum diletakkan bahan- bahan binaan.
III
Kerja-kerja bancuhan simen hendaklah dibuat di dalam kawasan lot yang dibenarkan sahaja.
IV
Longkang persekitaran kawasan pembinaan hendaklah ditutup sementara sepenunyabagi mengelakkan limpahan bahan binaan ke dalam longkang.
V
Bahan-bahan dan peralatan binaan juga tidak dibenarkan diletakkan di bahagian hadapan premis.
   
Lot Tepi, Berkembar dan Sesebuah/Banglo
I
Bahan-bahan dan peralatan binaan tidak dibenarkan diletak di atas jalan atau bahu jalan dan hendaklah diletakkan di dalam kawasan lot yang dibenarkan.
II
Kerja-kerja bancuhan simen juga hendaklah dibuat di dalam kawasan lot yang dibenarkan sahaja.
III
Longkang persekitaran kawasan pembinaan hendaklah ditutup sementara sepenuhnya bagi mengelakkan limpahan bahan binaan ke dalam longkang.
IV
Bahan-bahan dan peralatan binaan juga tidak dibenarkan diletakkan di bahagian hadapan premis tersebut.
   
Tuntutan Wang Cagaran
I
Bagi permohonan yang melatik arkitek/pelukis pelan, permohonan hendaklah dikemukan secara bertulis melalui arkitek/pelukis pelan tersebut besertakan surat akuan bahawa binaan siap seperti syarat kelulusan dan sisa binaan telah dibersihkan, resit asal bayaran cagaran, kupon sampah yang telah disahkan di tapak pelupusan sampah dan salinan resit bayaran cukai pintu terkini.
II
Bagi permohonan pagar dan semurup, pemohon perlu mengemukakan surat permohonan, resit asal bayaran cagaran, kupon sampah dan salinan resit bayaran cukai pintu terkini.
III
Permohonan wang cagaran tidak akan dipertimbangkan sekiranya pemohon tidak mengemukakan dokumen yang lengkap atau binaan tambahan/ pindaan tersebut didapati melanggar dan tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan.
Skip to content