SYARAT-SYARAT SEWAAN ARENA FUTSAL
iTempahan / sewaan perlulah dibuat sekurang-kurangnya1 jam sebelum permainan.
iiSemua bayaran adalah bayaran tunai dan mesti dijelaskan semasa tempahan dibuat / disahkan.
iiiBagi sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum permainan.(jika pembayaran awal telah dibuat, caj pengurusan RM 20.00 akan dituntut / dirampas daripada penyewa.)
ivPenggunaan gelanggang adalah mengikut gelanggang yang ditempah bagi tempoh sewaan sahaja.
– Tidak dibenarkan menukar gelanggang tanpa kebenaran ‘Incharge’ yang bertugas.
vKadar sewa adalah termasuk penggunaan semua kemudahan yang disediakan di dalam Arena Futsal MDS.
viMakanan luar tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk di dalam Arena Futsal MDS.
– pemain / penonton hanya dibenarkan makan di luar Arena Futsal MDS.
viiDilarang meludah, membuang gula-gula getah, makan atau minum di dalam gelanggang.
viiiDilarang merokok di dalam Arena Futsal.
ixSampah perlulah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.
viiiLain-lain syarat yang tertakluk kepada penambahan, pindaan dan / atau syarat baru yang dimaklumkan dari masa ke masa.
 
SYARAT-SYARAT SEWAAN MINI STADIUM
iTempahan / sewaan perlulah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum permainan.
iiSemua bayaran adalah bayaran tunai dan mesti dijelaskan semasa tempahan dibuat / disahkan.
iiiBagi sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum permainan.(jika pembayaran awal telah dibuat, caj pengurusan RM 20.00 akan dituntut / dirampas daripada penyewa.)
ivDilarang meludah, membuang gula-gula getah, makan atau minum di dalam padang Mini Stadium.
vDilarang merokok di dalam Kompleks Sukan.
viSampah perlulah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.
viiSemua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan / kehilangan perlu diganti.
viiiTidak dibenarkan membawa masuk sebarang kenderaan / binatang peliharaan ke dalam kawasan padang Mini Stadium.
ixTidak dibenarkan mengorek/menggali mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan untuk tujuan mendirikan khemah/kanopi atau sebagainya tanpa kebenaran daripada MDSIK.
xBagi kegiatan-kegiatan/aktiviti yang memerlukan permit/lesen/kebenaran daripada agensi-agensi yang berkaitan (contohnya Jabatan Pelesenan MDSIK, Polis, Pejabat Daerah dan sebagainya), pengguna hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan terlebih dahulu.
xiSebarang sepanduk (banner) /poster/ papantanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan kecuali mendapat kebenaran daripada MDSIK.
xiiTalian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada stadium/kompleks sukan kecuali dengan kebenaran daripada MDSIK.
xiiiTidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan/dewan MDSIK.
xivPenganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.
xvMDSIK tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan /kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan kompleks sukan. MDSIK juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di perkarangan meletak kenderaan.
xviPenyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas.
xviiPenyewa tidak dibenarkan menyewa semula ( meminda hal penyewaan ) kepada orang lain.
xviiiWang cagaran akan dikembalikan setelah MDSIK mendapati semua syarat-syarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan, kerosakan akibat penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan.
xixMDSIK berhak membatalkan tempahan pada bila-bila masa sahaja untuk kepentingan MDSIK dan Kerajaan.
xxLain-lain syarat yang tertakluk kepada penambahan, pindaan dan / atau syarat baru yang dimaklumkan dari masa ke masa.
 
Skip to content