Mengikut kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 127 AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976, Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Kedah menetapkan kadar peratus bagi pegangan – pegangan dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Taman Hi-Tech Kulim adalah seperti berikut :

BilJenis pegangan
Kadar
1.Harta Perindustrian8%
2.Harta Perdagangan8%
3.Harta Kediaman7%
4.Tanah Kosong2%

 

Definisi :
Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan yang terletak di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, kompleks, hotel dan sebagainya) harta perindustrian (kilang, perlabuhan dan sebagainya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian tanah yang diberi keluasan untuk tatasusunan)

Jadual Cukai Taksiran

CukaiWaktu Penghantaran
Tempoh Pembayaran
Cukai Setengah Tahun PertamaDalam Bulan Januari1 Januari Hingga 28/29 Februari
Cukai Setengah Tahun KeduaDalam Bulan Julai1 Julai Hingga 31 Ogos

 

Jika berlaku kelewatan pembayaran (selepas 28/29 Februari dan 1 Ogos) Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada pelanggan. Pelanggan tersebut dikehendaki menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis tersebut dikeluarkan dan denda seperti berikut akan dikenakan.

– 2% daripada jumlah tunggakan atau minimum RM2.00

Jika pelanggan tersebut masih gagal menjelaskan denda yang dikenakan, waran tahanan akan dikeluarkan kepada pelanggan tersebut dan kos waran sebanyak 20% atau jumlah tunggakan cukai akan dikenakan. Waran ini membolehkan Pegawai PBT TPHTK yang diberikuasa:-

– Merampas (mensita) harta alih yang didalam bangunan.
– Melelong bangunan / tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh PBT TPHTK.

Skip to content