Kulim Hi-Tech Park, 16 Mei 2016. Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim telah mengadakan satu acara kayuhan santai iaitu FUNRIDE KHTP 20th ANNIVERSARY sempena menyambut ulangtahun yang ke 20 Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech ini. Acara bermula pada pukul 7.30 pagi dengan Ucapan aluan Tuan Yang Dipertua untuk peserta program Funride ini. Kira-kira 800 peserta telah menyertai program ini. Simbolic Hon Udara Dibunyikan oleh YB Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor Dan YB DAto’ Badrol Hisham Bin Hashim untuk pelepasan para peserta. Sepanjang lalu untuk kayuhan ini peserta dapat menikmat sektor-sektor utama dalam kawasan KHTP ini, seperti sektor perumahan, sektor intitusi pendidikan, sektor perkilangan dan sebagainya. Funride ini juga menawarkan acara cabutan bertuah untuk peserta-peserta. sebanyak 50 hadiah disediakan untuk tujuan ini. Acara tamat pada pukul 11.30 pagi. . .
Skip to content