..             GROUND BREAKING CEREMONY 2018 – AICELLO MALAYSIA SDN BHD Kulim Hi-Tech Park menerima satu lagi pelabur antarabangsa dari negara Jepun iaitu Syarikat Aicello Malaysia Sdn Bhd yang telah membuat Majlis Pecah Tanah (Ground Breaking Ceremony 2018) yang berlangsung pada 29 November 2018 di tapak industri di Kulim Hi-Tech Park dan telah dirasmikan oleh Exco Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi Perubahan Iklim dan Alam Sekitar YB Ooi Tze Min.    Aicello Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat membekalkan bahan kepada beberapa syarikat multinasional terbesar untuk membantu menghasilkan pelbagai produk. Antara produk yang dihasilkan adalah komponen pembungkusan produk. Ini membuktikan Kulim Hi-Tech Park menjadi pilihan pelabur dari syarikat antarabangsa.    Selamat datang ke Kulim Hi-Tech Park, Kedah Malaysia.  
Skip to content