Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) secara rasminya ditubuhkan pada 1hb April 1995 di bawah Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Bil. 5/1965, dan beri kuasa mentadbir di bawah Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] berdasarkan “Modified Local Authority Model”.

Di awal pentadbiran PBT TPHTK, TPHTK hanyalah seluas 3,578 ekar yang kemudiannya ditambah keluasannya kepada 4,883.08 ekar (termasuk 3 fasa).  Luas kawasan pentadbiran baru ini telahpun diwartakan pada 4hb Mac 2010.

Skip to content