Latar Belakang SP

 

Sungai Petani (singkatan Sg. Petani atau “SP”) merupakan sebuah bandar perindustrian di negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar.

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Lagenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort.

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya, jalan kereta api dan laluan udara. Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui lebuhraya utara selatan. Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui lebuhraya utara selatan lebih cepat dan selesa.

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jalan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterwoth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

 

Sejarah Nama SP

 

Nama bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada zaman dahulu, anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai Bertanding, kononnya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu kira-kira 60 meter.

Nama ‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan Sanskrit ‘pathini’ yang bermaksud ‘perempuan yang suci’. ‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh penduduk di sana.

Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur semenanjung melalui jalan darat. Jadi, tidak mustahil jika nama ‘Petani’ itu dipinjam daripada gelaran ratu sanjungan tersebut.

 

 

.

 

 

Sungai Petani merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga sedang mengalami pertumbuhan pesat dan banyak diperkatakan tentang kemajuan pembangunan yang dialaminya. Selaras dengan itu pihak Majlis juga sedang menuju ke arah bandar dalam taman dengan usaha-usaha untuk mempercantikkan persekitarannya. Pihak Majlis juga akan memperkenalkan identitinya yang tersendiri yang meliputi bunga, burung dan pokok.

.

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMANBendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.

 

.

LAMBANG NEGERI KEDAH DARUL AMANJambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri (Beras).

Bulan sabit melambangkan agama Islam.

Perisai melambangkan kekuasaan pemerintah.

 

.

LAGU NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Skip to content