(Petikan daripada Utusan Malaysia 27 September 2010) KULIM 27 Sept. – Syarikat teknologi dan semikonduktor, LFoundry GMbh (LFoundry) dari Jerman akan melabur sebanyak RM214.5 juta untuk membina kilang di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini.

(Petikan daripada Utusan Malaysia 27 September 2010)

 

.

 

KULIM 27 Sept. – Syarikat teknologi dan semikonduktor, LFoundry GMbh (LFoundry) dari Jerman akan melabur sebanyak RM214.5 juta untuk membina kilang di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini.Kilang yang mengeluarkan produk wafer itu dijangka beroperasi pada pertengahan tahun depan.Buat permulaan, ia dijangka menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 pekerja mahir dan separuh mahir dengan kemampuan pengeluaran kira-kira 5,000 wafer sebulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pelaburan terbaru itu melibatkan usahasama antara anak syarikat LFoundry iaitu LFoundry Malaysia Sdn. Bhd. (LFM) dan syarikat tempatan.

QT Hightech Malaysia Sdn. Bhd. (QT Hitech) digerakkan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Skip to content