MAJLIS PELANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM
KULIM – Seramai 24 orang Ahli Majlis PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim (PBT TPHTK) telah dilantik bagi penggal 2020-2021, 8 mewakili Jabatan Kerajaan, 14 mewakili parti politik dan 2 mewakili masyarakat dan pihak industri. Majlis Angkat Sumpah ini dianjurkan bersama antara PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim dan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Hikmah MPKK pada 7 Januari 2020. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Sr. Tan Kok Yew, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang mewakili YAB Menteri Besar Kedah.