PENGAMBILALIHAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN AWAM DAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI KULIM HI-TECH PARK
Mulai 1hb November 2009 kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di Kulim Hi-Tech Park telah diambil alih oleh Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. (syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan) daripada Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.
Skop-skop kerja yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah:-
1. Pembersihan Awam:-
- Membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam;
- Membersihkan –
- Pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian; dan
- Pasar kecuali pasar yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian;
- Membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang di atas jalan awam dan di tempat awam;
- Memotong rumput di tepi bebendul jalan awam;
- Memotong rumput di tempat awam; dan
- Mengalihkan bangkai.
2. Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal:-
- Pengasingan, penstoran, pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan, pengitaran semula, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal awam.
Sebarang masalah / aduan yang berkaitan dengan skop kerja di atas boleh berhubung dengan:
E-Idaman Sdn. Bhd di talian bebas tol 1000800883684 atau
En. Raslizan bin Mohd Ali
No. h/p : 013-3782090
e-mail : azlizan@e-idaman.com