PENGAMBILALIHAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN AWAM DAN PELUPUSAN  SISA PEPEJAL DI KULIM HI-TECH PARK

Mulai 1hb November 2009 kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa pepejal di Kulim Hi-Tech Park telah diambil  alih oleh Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. (syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan) daripada Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.

Skop-skop kerja yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah:-

1. Pembersihan Awam:-

  1. Membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam;
  2. Membersihkan –
    • Pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian; dan
    • Pasar kecuali pasar yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian;
  3. Membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang di atas jalan awam dan di tempat awam;
  4. Memotong rumput di tepi bebendul jalan awam;
  5. Memotong rumput di tempat awam; dan
  6. Mengalihkan bangkai.

2. Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal:-

  1. Pengasingan, penstoran, pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan, pengitaran semula, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal awam.

Sebarang masalah / aduan yang berkaitan dengan skop kerja di atas boleh berhubung dengan:

E-Idaman Sdn. Bhd  di talian bebas tol 1000800883684  atau

En. Raslizan bin Mohd Ali
No. h/p : 013-3782090
e-mail : azlizan@e-idaman.com

Skip to content