1. Perenggan 4, Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kuasa eksekutif mentadbir kerajaan tempatan pada kerajaan negeri.
  2. Namun begitu, menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi negeri-negeri dalam hal memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi kerajaan tempatan.
  3. Justeru beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawalselia perjalanan kerajaan tempatan seperti berikut –
  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]
  2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]
  3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]
  4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]

  1. Di samping akta yang dikuatkuasa oleh kerajaan tempatan, beberapa undang-undang kecil telah digubal dibawahnya dan dikuatkuasa untuk menjalankan peruntukan-peruntukan akta ibu dengan perincian secara lebih baik dan khusus bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.
  2. Justeru tiap-tiap pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda dan membatalkan undang-undang kecil mengenai segala perkara yang perlu dan diingini untuk memelihara kesihatan, keselamatan dan kesontosaan penduduk bersesuaian dalam konteks pembangunan fizikal dan keperluan semasa penduduk.
  3. Dalam konteks lokaliti Majlis Perbandaran Kulim Kedah, peruntukan undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kulim sama ada teks undang-undang mahupun bayaran/fee/caj yang dikenakan mungkin berbeza dari pihak berkuasa tempatan negeri Kedah yang lain untuk disesuaikan dengan kepeluan semasa daerah Kulim, melainkan undang-undang kecil yang digubal bagi pemakaian seragam pihak-pihak berkuasa tempatan negeri Kedah.
  4. Berikut adalah senarai Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kulim yang diwarta dan dikuatkuasakan berdasarkan akta ibu –

 

  1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]
  2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]
  3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]
  4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content