Program ini merupakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dibawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan  sebagai inisiatif menyediakan keperluan tempat tinggal kepada golongan B40 bagi menikmati kehidupan berkualiti dan sejahtera.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan yang dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana dalam melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja baikpulih atau pembinaan rumah tersebut.

  1. Program baik pulih rumah bandar 
  2. Program bina baharu rumah di bandar

 Program ini layak kepada golongan B40 dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dapatkan borang di pautan ini.

Borang Permohonan Baik Pulih Rumah Bandar 
Borang Permohonan Bina Baharu  Rumah Bandar

dan kembalikan borang serta dokumen lengkap ke Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pihak Majlis akan membuat lawatan susulan. 

Gambar program baik pulih rumah bandar
sumber: 
Jabatan Pembangunan Masyarakat, 
Majlis Perbandaran Kulim.
MalayEnglishArabicChinese (Simplified)