SISTEM PENGURUSAN ANJING -
MAJLIS PERBANDARAN KULIM
SYARAT-SYARAT
TANGGUGJAWAB PEMILIK
JENIS YANG DIBENARKAN
SYARAT-SYARAT
SYARAT-SYARAT KELULUSAN LESEN ANJING :
- Semua anjing yang telah mencapai umur 3 bulan dan ke atas hendaklah dilesenkan.
- Lesen anjing akan tamat tempoh pada tarikh 31 Disember tahun lesen dikeluarkan.
- Pemohon hendaklah mengemukakan :
- Salinan kad pengenalan
- Sijil vaksin anjing
- Gambar penuh anjing
- Bayaran lesen anjing adalah RM30.00/ ekor bagi anjing normal dan RM20.00/ ekor bagi anjing yang telah dimandulkan.
- Lencana logam yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kulim hendaklah sentiasa digantung di leher anjing pada setiap masa. Penyediaan tali cawak untuk menggantung lencana adalah tanggungjawab pemunya.
- Anjing yang dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan pencegah (Vaccination DALP + PLV) oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Verterinar atau mana-mana Doktor Verterinar yang berdaftar.
- Rumah anjing hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada najis anjing dan kekotoran.
- Tuan punya anjing bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak dengan tidak berhenti-henti, merayau di luar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang ramai di tempat awam.
- Anjing hendaklah sentiasa berikat dan memakai sarung mulut (puddle muzzle) apabila dibawa keluar dari tempat anjing tersebut dipelihara atau disimpan.
- Anjing tidak boleh dipelihara di rumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat melainkan dengan kebenaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.
- Kategori keluasan premis untuk pemeliharan anjing :
- Premis berkeluasan 925.51 meter persegi atau kurang – tidak melebihi 2 ekor
- Premis berkeluasan melebihi 925.51 meter persegi – tidak melebihi 4 ekor
- Bangunan bertingkat (tingkat bawah sahaja) – 1 ekor
- Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas di tempat awam, berpenyakit, dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kacauganggu kepada orang lain atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan akan dirampas atau ditangkap serta dihapuskan.
- Mana-mana anjing yang dipelihara dan dilesenkan didapati berkeliaran di luar premis tanpa kawalan akan ditangkap dan ditahan sehingga dituntut oleh pemunya dengan dikenakan bayaran fi dan denda atau dihapuskan.
- Tuan punya dikehendaki menyediakan dan mempamerkan papan tanda “ADA ANJING DI SINI” atau “BEWARE OF DOG” di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam di kawasan premis.
- Tuan punya yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM300.00 bagi setiap kesalahan serta denda RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
TANGGUGJAWAB PEMILIK
halaman sedang dikemaskini
JENIS YANG DIBENARKAN
halaman sedang dikemaskini