SISTEM PENGURUSAN ANJING -
MAJLIS PERBANDARAN KULIM

SYARAT-SYARAT
TANGGUGJAWAB PEMILIK
JENIS YANG DIBENARKAN
SYARAT-SYARAT
SYARAT- SYARAT KELULUSAN LESEN ANJING
- Semua anjing yang telah mencapai umur 3 bulan dan ke atas hendaklah dilesen.
- Lesen anjing akan tamat tempoh pada tarikh 31 Disember tahun lesen itu dikeluarkan.
- Pemohon hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan, sekeping gambar pemohon berukuran passport, gambar penuh anjing dan perlu dikepilkan bersama-sama dengan Borang Permohonan Lesen Anjing.
- Bayaran lesen anjing adalah RM25.00 setiap seekor anjing normal dan RM20.00 seekor untuk anjing yang telah dimandulkan.
- Lencana logam yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kulim hendaklah sentiasa digantung di leher anjing pada setiap masa. Penyediaan tali cawak bagi menggantung lencana logam adalah tanggungjawab pemunya.
- Semua anjing yang hendak dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan ubat pencegah (Vaccination DALP + PV ) oleh Pegawai Jabatan Veterinar atau mana-mana Doktor Veterinar yang berdaftar.
- Rumah anjing hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada najis anjing dan kekotoran.
- Tuan punya anjing bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak dengan tidak berhenti-henti,merayau di luar kawasan premis, mengigit atau mengganggu orang ramai di tempat awam.
- Anjing hendaklah sentiasa berikat dan memakai sarung mulut (puddle muzzle) apabila dibawa keluar daripada tempat anjing tersebut dipelihara atau disimpan.
- Anjing tidak boleh dipelihara di rumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat melainkan dengan kebenaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.
- Tidak melebihi 2 ekor bagi premis berkeluasan 925.51 meter persegi atau kurang. Tidak melebihi 4 ekor bagi premis berkeluasan melebihi 925.51 meter persegi dan hanya 1 ekor bagi bangunan bertingkat (tingkat bawah sahaja).
- Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas di tempat awam,berpenyakit,dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kacauganggu kepada orang lain atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan, akan dirampas atau ditangkap serta dihapuskan.
- Tuan punya dikehendaki menyediakan dan mempamerkan papan tanda “ADA ANJING DI SINI “ atau “BEWARE OF DOG” di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam di kawasan premis.
- Tuan punya yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM 300.00 bagi setiap kesalahan serta denda RM 2000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
– Orang ramai disaran melesenkan binatang peliharaan (anjing) milik anda. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPKK di talian 04-4325225 atau emelkan kepada pegawai yang bertugas hamdan@mpkk.gov.my
TANGGUGJAWAB PEMILIK
halaman sedang dikemaskini
JENIS YANG DIBENARKAN
halaman sedang dikemaskini