MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
  1. Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MBAS sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
    Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MBAS adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976

  2. Apakah akan terjadi jika tidak membayar atau lewat membayar cukai taksiran?
    Jika anda membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan, iaitu selepas 28 atau 29 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda.

    Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan denda seperti berikut akan dikenakan Jumlah Terhutang Denda Lewat yang dikenakan RM 00.00 hingga RM 100.00 RM 2.00 RM 00.00 hingga RM 200.00 RM 4.00 RM 00.00 hingga RM 300.00 RM 6.00 Pertambahan setiap RM 100.00 dikenakan caj RM 2.00 Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 20% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.

    Waran ini membolehkan pegawai MBAS yang diberi kuasa: Merampas (mensita) harta alih yang ada di dalam bangunan Melelong bangunan/tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.

  3. Jika pemilik masih belum membayar tunggakan cukai taksiran, adakah Majlis boleh menahan permohonan pemilik untuk hal-hal lain yang berkaitan?
    Ya, Majlis boleh menahan proses permohonan pemilik yang mempunyai tunggakan dari memperolehi kelulusan berikut:

    • Kelulusan pelan bangunan.
    • Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
    • Kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan (OC).
    • Kelulusan pelan susunatur.

  4. Apakah syarat-syarat permohonan pulangan balik hasil premis kosong?
    Bagi memohon pulangan balik hasil, pemilik mestilah membuat pemberitahuan dengan menghantar surat kepada Jabatan Penilaian, MBAS dalam masa tujuh (7) hari dari mulanya tempoh pulangan balik hasil itu dituntut. Cukai taksiran boleh dipulangkan bagi tempoh rumah anda itu dikosongkan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:

    • Cukai taksiran hendaklah dijelaskan termasuk semua tunggakan dalam tempoh pulangan balik hasil dituntut.
    • Bangunan adalah TIDAK DIDUDUKI/KOSONG dan UNTUK DISEWA Telah memberi notis bertulis kepada Majlis mengenai kekosongan hendaklah diisi dan dikembalikan.
    • Tempoh yang tidak diduduki hendaklah tidak kurang dari satu bulan kalendar Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seorang penyewa (‘tenant’) telah dibuat melalui iklan dalam surat khabar atau paparkan papan kenyataan ‘UNTUK DISEWA’ hendaklah diletakkan dihadapan premis

  5. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada keperluan untuk merujuk kepada lain-lain agensi teknikal yang tidak tersenarai dalam agensi teknikal yang telah ditetapkan?
    Penambahan agensi teknikal lain selain daripada yang disenaraikan boleh dilakukan oleh pentadbir sistem di PBT masing-masing.

  6. Bagi permohonan yang dikemukakan secara online, perlukah pengemaskinian dibuat kepada Portal OSC?
    Bagi permohonan secara online, pengemaskinian tidak perlu dibuat di dalam Portal OSC.

  7. Bagaimana jika sesuatu permohonan menggunakan lukisan manual tetapi ingin dihantar secara online?
    Lukisan manual tersebut perlulah diimbas dan dimuatnaik dalam format pdf.

  8. Melalui OSC Online, bagaimanakah fee pemprosesan dijelaskan?
    Fee pemprosesan boleh dijelaskan melalui kaedah yang ditetapkan oleh PBT iaitu secara online dengan institusi perbankan yang terpilih atau kaunter pembayaran.

    Modul e-pembayaran di bawah OSC Online hanya memerlukan bukti pembayaran dimuatnaik untuk disertakan bersama permohonan.

  9. Apakah sub modul OSC Online?
    Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu :

    • e-kad laporan = menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.
    • e-permohonan = pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
    • e-rujukan = menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan.
    • e-aduan = membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan.
    • e-panduan = maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT berkaitan.
    • e-tanya = pre-consultation secara online.
    • e-permintaan perkhidmatan = pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan.
    • -bayaran = pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan.

  10. Apakah modul-modul utama OSC Online?
    2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.

  11. Terdapat agensi teknikal dalaman atau luaran yang masih memerlukan hardcopy untuk tujuan semakan. Bagaimanakah perkara ini dilaksanakan?
    Agensi teknikal yang berkaitan perlu berurusan terus dengan pemohon untuk mendapatkan hardcopy. Walaubagaimanapun agensi teknikal disaran mengambil tindakan sewajarnya untuk berpindah dari kaedah menyemak atas hardcopy kepada kaedah menyemak secara online secara berperingkat.

  12. Bolehkah pihak pemohon menyemak status permohonan secara online?
    Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online mengunakan ID projek dan ID permohonan. Pihak pemunya projek juga boleh menyemak status permohonan mengunakan kaedah yang sama.

  13. Berapa lamakah bahan-bahan yang telah dimuatnaik disimpan dalam sistem sebelum permohonan dipadamkan?
    Pemohon akan dimaklumkan tentang perkara-perkara yang perlu dibekalkan untuk melengkapkan permohonan sebelum OSC membuat edaran.

    Sekiranya pemohon gagal mengemukakan perkara-perkara yang diperlukan iaitu gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari, permohonan akan dihantar kepada storage.

    Jika pemohon masih gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari seterusnya , dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik akan dipadamkan. Bagi pemohon yang masih berminat untuk mengemukakan permohonan, muatnaik dan penyerahan perlu dilakukan semula.

  14. Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
    5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara online

  15. Adakah pendekatan e-signature digunakan dalam OSC Online?
    Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar sebagai proof of submission dan pada pelan-pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk dikeluarkan kelulusan rasmi. e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.

  16. Bila salinan cetak (hardcopy) dikemukakan?
    Dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang hantar diaktifkan.

  17. Adakah salinan cetak (hardcopy) masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
    1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan sebagai proof of submission.

  18. Kenapa dalam format PDF dan bukan CADD file?
    Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. Seperkara lagi tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.

  19. Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
    Pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.

  20. Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
    Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon.

    Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri.

    Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.

  21. Siapakah pemohon kepada OSC Online?
    Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang dan juruukur tanah.

  22. Apakah tindakan yang perlu diambil jika premis yang roboh, buruk, terbakar, terbiar atau tidak sesuai didiami?
    Sila tulis surat rasmi kepada Jabatan Penilaian, MBAS bagi membolehkan bangunan ini dikeluarkan daripada Senarai Nilaian. 23. 24. Bolehkah cukai taksiran diberi pengecualian? Mengikut Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai taksiran boleh dikecualikan apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata:

    Sebagai tempat awam untuk sembahyang. Sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen Bagi sekolah awam Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau maksud sains, sastera atau seni halus.

  23. Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat tukar milik, mewarisi, mewariskan membeli, atau menjual harta?
    Semak dengan MBAS bagi memastikan tiada tunggakan cukai taksiran pegangan tersebut. Atau, semakan boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan yang menguruskan harta tersebut.

    Memaklumkan kepada MBAS dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis Jualan atau Pindah milik [Sek 160, AKT 1976] dengan disertakan maklumat-maklumat berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan.

    Jika anda gagal, pihak MBAS boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam dari pemilik harta.

  24. Adakah bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak didiami?
    Ya, premis yang kosong atau belum diduduki lagi tidak layak untuk pengecualian, pembatalan atau pengurangan cukai taksiran. Cukai taksiran adalah perlu dibayar tidak kira sama ada rumah itu diduduki atau kosong. Akan tetapi premis yang kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan balik hasil.

  25. Dimanakah bil-bil cukai taksiran boleh dibayar?
    Kaunter Hasil, Majlis Bandaraya Alor Star, Jalan Kolam Air,05675 Alor Star Tel: 04-7332499

    • Tunai
    • Cek
    • Bank Draf
    • Kad Kredit – Visa & Mastercard
    • Wang Pos
    • Kiriman Wang Bayaran melalui Bank Agen Setempat:
      Bank Simpanan (BSN), Jabatan Bekalan Air (JBA), Telekom, MBf ’Call N Pay’, POS Malaysia, Maybank2U.com & CIMB Clicks.

       

      • Tunai
      • Cek
      • Bank Draf
      • Kad Kredit – Visa & Mastercard
      • Wang Pos
      • Kiriman Wang
  26. Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran?
    Pertama 1hb Januari sehingga 28hb. Februari. Kedua 29 Februari Kedua 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos

  27. Bilakah bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan?
    Bil-bil akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.

  28. Adakah pemilik masih boleh membuat rayuan setelah Jawatankuasa Rayuan Cukai membuat keputusannya?
    Boleh, para pemilik perlulah merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan dengan syarat bayaran cukai yang telah ditetapkan dibayar kepada MPSP terlebih dahulu.

  29. Bagaimanakah keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada para pemilik?
    Keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada para pemilik secara bersurat.

  30. Bolehkah pemilik yang membuat bantahan mewakilkan orang lain untuk hadir bagi pihaknya di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai?
    Jika pemilik yang telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, maka pemilik bolehlah mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri bagi pihaknya dengan syarat wakil tersebut mengemukakan ‘Surat Kuasa’ yang ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.

  31. Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
    Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawata nkuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.

  32. Apa yang dimaksudkan dengan Notis Kadaran?
    Notis Kadaran adalah notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud lain, ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai taksiran yang akan dikenakan.

  33. Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi rumah yang diduduki oleh pemilik sendiri dan bukan untuk disewa?
    Rumah yang diduduki sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai “Nilai Sewa”. Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut akan diandaikan “kosong dan untuk disewakan” dan anggaran sewa sebulan didasarkan pada sewaan yang dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang berdekata.

  34. Bagaimanakah Nilai Tahunan ditentukan?
    Nilai Tahunan adalah anggaran nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk formula: Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan X 12 bulan.

  35. Bagaimanakah kadar (%) ditentukan?
    Kadar(%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos yang ditanggung Majlis.

  36. Bagaimanakah cukai taksiran ditentukan?
    Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut: Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar (%)

  37. Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
    Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.

  38. Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
    Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MBAS memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri.

  39. Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
    Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.

  40. Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?

    Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan.

MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN
  1. Bagaimana cara untuk membuat Aduan?
    1. Melalui borang yang disediakan di Peti Cadangan / datang terus ke Majlis Perbandaran Langkawi,Bandaraya Pelancongan.
    2. Melalui surat yang diposkan kepada :-

Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman

  • Menghubungi Majlis Perbandaran Langkawi di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185.
  1. Melalui fax di no.04-9671773
  2. Email terus kepada ydp@mplbp.gov.my
  1. Jangkamasa atau tempoh sesuatu aduan diambil tindakan?

Setiap aduan infrastruktur dan kemudahan awam disiasat dan disediakan laporan dalam tempoh 14 hari untuk tindakan susulan.

  1. Siapakah pegawai yang patut dihubungi?

EN MOHD ZAKI BIN MURAD
Penolong Pegawai Tadbir
Majlis Perbandaran Langkawi

Faezah binti Abdullah
Pembantu Tadbir
Majlis Perbandaran Langkawi

BAHAGIAN TENDER / SEBUTHARGA

  1. Bagaimanakah cara kontraktor/pemborong membuat pendaftaran Dengan Pihak Majlis?
  2. a) Menghantar surat permohonan kepada :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran langkawi
Bandaraya Pelancongan ,07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

  1. b) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185
  2. Apakah Dokumen yang Diperlukan?
  3. a) Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
  4. b) Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(LPIPM ) / Contrunction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
  5. c) Lesen Kementerian Kewangan Malaysia ( bekalan )
  6. d) Taraf Bumiputera
  7. e) Profil syarikat
  8. Siapakah yang patut dihubungi?

Amir Amiruddin Bin Ismail
Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman

  1. Bagaimanakah cara kontraktor / pemborong ingin memasuki pelawaan tender / sebutharga?
  2. a) Rujuk surat khabar ( Berita Harian ) untuk keterangan tender

b)Datang ke Majlis Perbandaran Langkawi dengan merujuk iklan di Papan Kenyataan Majlis.

  1. c) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185
  2. Apakah dokumen yang diperlukan semasa menghadiri pelawaan sebutharga/Tender?
  3. a) Membawa lesen asal dan satu salinan (fotostat ) untuk Majlis iaitu :
    1. Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
    2. Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / Contruction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
  • Perakuan Taraf Bumiputera
  1. Lesen Kementerian Kewangan ( Bekalan )
  2. b) Wajib menghadiri sesi taklimat projek .
  3. c) Wajib menghadiri lawatan tapak projek .
  1. Siapakah yang patut dihubungi?

Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman

PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN

  1. Bagaimanakah cara permohonan lesen premis perniagaan dibuat dengan pihak Majlis?
  2. a) Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan lesen perniagaan komposit yang boleh didapati daripada :
    1. Jabatan Kesihatan Persekitaran
      Majlis Perbandaran Langkawi
      Bandaraya Pelancongan
      Kedah Darul Aman
    2. Laman web Majlis – www.mplbp.gov.my

** Nota – setiap borang dikenakan bayaran RM 2.00

  1. Apakah dokumen yang diperlukan?
    • Memorandum (Memorandum and Article of Association) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1995.

ATAU

Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan dalam Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.

  • Pelan lokasi premis yang terlibat
  • Pelan lantai bangunan premis berkenaan
  • Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
  • Salinan sijil layak memduduki / permit bangunan sementara
  • Salinan surat kelulusan bangunan (jika bangunan baru dibina)
  • Salinan surat hak milik tanah
  • Gambar pemohon 6 keping
  • Gambar hadapan premis perniagaan 6 keping
  • Surat sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (tuan/puan dikehendaki menghubungi Jabatan Bomba & Penyelamat)
  1. Apakah jenis lesen – lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis?
    • Lesen Perniagaan Tred
    • Lesen Establisymen Makanan
    • Lesen Rumah Tumpangan
    • Permit Mengendal Skijet / Skuter Air
    • Lesen Kedai Gunting Rambut
    • Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian
    • Lesen Rumah Urut
  2. Dimanakah borang permohonan yang lengkap diisi hendak dihantar?

Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen – dokumen tambahan hendaklah dihantar ke :-

Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman

ATAU

Dialamatkan kepada :

Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

En. Azli bin Abdul Rani
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
Talian : 04-9671524 / 1824  Sambungan : 102
Faks : 04 – 9671773 / 04 – 9666158

MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Pegawai Yang Bertugas:

Puan Munira binti Abdul Rahim
Penolong Pegawai Penerangan
Unit Komunikasi Korporat
Emel: munira@mpkk.gov.my
Telefon : 04-4325225 samb:222

————————————————————————————————

Aduan

  Apakah kriteria aduan yang akan diambil tindakan?

Aduan yang akan diambil tindakan adalah aduan yang memenuhi kriteria seperti berikut :

  1. Mempunyai maklumat nama dan alamat pengadu, alamat aduan, nombor telefon pengadu (jika ada), fakta yang jelas dan tarikh.
    ii.         Aduan berkaitan kawasan operasi Majlis Perbandaran Kulim
    iii.        Aduan berkaitan kakitangan dan jabatan Majlis Perbandaran Kulim
    iv.        Aduan berasas

Apakah saluran yang boleh digunakan untuk membuat aduan :

Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

  1.  Talian : 04-4325225
                            iii.        Datang Sendiri
                            iv.        Surat
                            v.         Faks : 04-4325229
                            vi.        E-mail (aduan@mpkk.gov.my)
                            v.         Laman Aduan : http://e-aduan.mpkk.gov.my

CUKAI TAKSIRAN

Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?

Cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu cukai yang perlu dibayar oleh semua   pemilik harta yang tidak dikecualikan dalam kawasan yang telah diwartakan dalam sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan dan cukai ini dijelaskan dalam dua ansuran pada setiap tahun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171). Cukai taksiran dikenakan ke atas Premis kediaman, premis  perniagaan (kedai, kompleks perniagaan, pejabat, stesen minyak  dan hotel dsb), premis perindustrian (kilang, pencawang), lot-lot kosong (kosong tanpa bangunan dan tanah yang diberi kelulusan untuk rancangan masa hadapan).

 

Adakah cukai taksiran akan dikenakan sekiranya bangunan tidak diduduki atau kosong?

Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah premis itu didapati kosong atau tidak berpenghuni. Tetapi cukai akan tetap dikenakan, pemohon disarankan agar datang ke Majlis untuk membuar Lapor Kosong dikaunter Penilaian. Setelah mengisi borang Lapor Kosong, bayaran cukai taksiran akan dibuat pemotongan berpandukan resit bil elektrik. Sebanyak 50% potongan yang akan dipulangkan setelah pemohon mengikut syarat yang ditetapkan.

 

 Apakah akan terjadi jika tidak membayar atau lewat membayar cukai taksiran?
 Jika para pelanggan tidak membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan iaitu selepas 28 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda.  Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh notis dan denda dikeluarkan. Pengiraan denda adalah seperti berikut :

  • Denda 2% atau minimum RM2.00 daripda jumlah tunggakan
  • Notis E 00 dikenakan

 

Jika dalam tempoh 15 hari tersebut masih lagi tidak mambuat bayaran?

Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 20% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.  Tempoh sah laku ‘Waran F’ adalah  selama 7 hari.  Sekiranya dalam tempoh 7 hari anda masih gagal membuat bayaran, maka pegawai MPKK telah diberi kuasa untuk melaksanakan tindakan seperti:

  1. a)  melelong harta benda yang boleh dialih yang terdapat di dalam rumah.
  2. b) Melelong bangunan / tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.
  3. c) Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPKK bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut :

            * kelulusan lessen perniagaan

            * kelulusan pelan perancangan

            * kelulusan pelan bangunan

            * kelulusan Sijil Layak Menduduki

 

Apakah tindakan yang perlu diambil jika berlaku pertukaran hakmilik (mewarisi harta, mewariskan harta atau menjual harta)?
 Langkah-langkah tersebut perlu diambil jika terdapat pertukaran hakmilik :

  1. a) Semak bayaran cukai taksiran bagi harta / pegangan tersebut sekiranya terdapat tunggakan.  Semakan juga boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan yang menguruskan harta tersebut.
  2. b) Memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis Jualan atau Pindah Milik) dengan disertakan maklumat-maklumat dikehendaki dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan.  Jika anda gagal, pihak Majlis Perbandaran Kulim Kedah boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Segala kos guaman akan dituntut oleh pihak peguam daripada pemilik harta.

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pemilik jika premis roboh, buruk, terbakar, terbiar atau tidak sesuai untuk didiami?
 Pemilik boleh menulis surat rasmi kepada Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Kulim Kedah bagi membolehkan bangunan tersebut dikeluarkan daripada Senarai Nilaian.

Bagaimanakah cukai taksiran ditentukan?
 Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut:

Cukai taksiran     =      Nilai Tahunan x  Kadar (%)

Bagaimanakah kadar (%) ditentukan?
 
Kadar (%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis atau kos-kos yang ditanggung Majlis.

Dibawah Akta 171,  Seksyen  137 (3), pihak MPKK mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri untuk sesuatu nilaian. Setiap nilaian baru seperti di dalam Seksyen(1) disediakan setiap 5 tahun dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kadar yang dipersetujui adalah seperti berikut:

Bil

Perkara

Kadar %

i.

Kediaman

7%

ii.

Perniagaan

8%

iii.

Industri

12%

iv.

Lot Kosong

2%

 

Bagaimanakah nilai tahunan ditentukan?
Nilai Tahunan adalah anggaran nilai sewa kasar tahunan iaitu dalam bentuk formula berikut  :

Nilai Tahunan       =        Anggaran Sewa Kasar Sebulan X 12 bulan

 

Bilakah tempoh pembayaran bagi bil cukai taksiran?
Tempoh bayaran bagi bil cukai taksiran adalah seperti berikut:

Tempoh bil

Tempoh bayaran

Penggal 1 (Januari – Jun)

Sebelum 28@29 Febuari /tahun

Penggal 2 (Julai – Disember)

Sebelum 31 Ogos /tahun

Bolehkah pemilik harta membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan dengan menghantar surat kepada Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Kulim Kedah.  Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan bantahannya.  Sekiranya pemilik tidak dapat hadir di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, pemilik boleh mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri bagi pihaknya dengan syarat wakil tersebut mengemukakan ‘Surat Kuasa’ yang ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.

 

Di manakah bil cukai taksiran boleh dibayar?
 Pelanggan boleh membuat bayaran bil cukai taksiran menerusi saluran berikut:
 

Lokasi

Masa

Cara Bayaran

Kaunter bayaran Ibu Pejabat MPKK

Ahad – Rabu (8.00 pg – 4.30 ptg) Khamis (8.00 pg – 2.30 ptg)

-Tunai -Cek -Bank Deraf -Kad Kredit (V/M) -Money Order -Postal Order  

Pejabat Cawangan : 1.Cawangan Padang Serai    (Tel : ) 2.Cawangan Mahang    (Tel:)

Ahad – Rabu (8.00 pg – 4.30 ptg) Khamis (8.00 pg – 2.30 ptg)

-Tunai -Cek -Bank Deraf

Pejabat Pos Malaysia Bhd -Pej Pos Kulim -Pej Pos Lunas -Pej Pos Pdg Serai -Pej Pos Karangan -Pej Pos Sg Petani -Pej Pos Alor Setar -Pej Pos Butterworth -Pej pos Pulau Pinang -Pej Pos Bkt Mertajam

Waktu bekerja

 mengikut Pej Pos

Mengikut kehendak Pejabat Pos

Bank Islam (M)Sdn Bhd

Waktu bekerja  mengikut Bank

Mengikut kehendak Bank

www.maybank2u.com.my

24 jam

Pemindahan kredit

Peringatan kepada pembayaran melalui cek, bank deraf, kiriman wang atau wang pos hendaklah dipalangkan ke Akaun Penerima Sahaja dan sertakan juga nombor akaun pegangan, nombor telefon dan nama di belakang dan dibayar kepada “MAJLIS PERBANDARAN KULIM”   atau “MPKK”

 

Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MPKK sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966.  Manakala Cukai Taksiran yang dikenakan oleh MPKK adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

Tahukah Anda?

Anda hanya membayar serendah 25 sen sehari untuk cukai taksiran kediaman anda.

Berikut makluman purata bayaran cukai taksiran premis bagi:

-Rumah kediaman kos rendah dan sederhana 1 tingkat

RM0.30/hari

-Rumah kediaman kos sederhana 2 tingkat

RM0.60/hari

-Rumah berkembar 1 tingkat

RM0.44/hari

-Rumah berkembar 2 tingkat

RM0.82/hari

-Rumah sesebuah (banglo)

RM1.39/hari

Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Bahagian Cukai Taksiran
Majlis Perbandaran Kulim
Telefon : 04-4325225


 

Sistem Letak Kenderaan Berkupon

 

Apakah tujuan sistem tempat letak kereta berkupon diperkenalkan?

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran Kulim untuk mengutip bayaran dan mengawal tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan seperti berikut:

  • Mewujudkan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk meletakkan kereta.
  • Mengawal perletakan kereta-kereta supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas

 

Bagaimanakah cara mendapatkan kupon?

Kupon letak kereta boleh didapati daripada ejen-ejen sah yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kulim di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Kulim. Untuk mengenali ejen yang di lantik, pihak MPKK  membekalkan papan tanda sebagai pengenalan. (ejen-ejen yang dilantik)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi
Unit Parking
Majlis Perbandaran Kulim
Telefon : 04-4325225

————————————————————————————————

MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS terletak di tingkat 8 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

 

Komponen Jabatan

Jabatan Khidmat Pengurusan dibahagikan kepada 4 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Sumber Manusia
  • Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan
  • Unit Pentadbiran

 

Mewujudkan sistem kualiti dalam pengurusan kerja.
Menyelaras dan mengawal hal ehwal pentadbiran Majlis, pentadbiran am, pengurusan mesyuarat luaran dan dalaman Majlis serta perkara yang berkaitan dengan logistik dan bekalan dan sebagainya.

 

Fungsi Bahagian Sumber Manusia

  1. Bertanggungjawab terhadap pembangunan pengurusan sumber manusia MBAS dalam hal-hal keperluan perjawatan dan perkhidmatan untuk kakitangan.
  2. Memastikan setiap kakitangan diberi kursus dan latihan untuk memajukan diri dan mempertingkatkan produktiviti dari penghasilan tugas dengan cekap, bersih, amanah dan berkualiti. Memberikan ilmu dan kemahiran kepada kakitangan dalam menangani semua tugas yang dipertanggungjawabkan.
  3. Bertanggungjawab dalam membangunkan organisasi Majlis meliputi kajian perjawatan sedia ada dan keperluan pengwujudan jawatan baru, penentuan skim perkhidmatan serta penempatan dan pertukaran kakitangan.
  4. Melaksanakan perkara yang berkaitan dengan pencen, gaji dan elaun, cuti, pinjaman, tuntutan elaun pemangkuan, tangggung kerja dan sebagainya.
  5. Melaksanakan hal ehwal yang berkaitan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti peperiksaan, kursus dan latihan yang berkaitan.
  6. Memberikan khidmat nasihat, kaunseling dan khidmat teknikal pengurusan kepada kakitangan di semua jabatan dan bahagian Majlis

 

PERJAWATAN

  1. Permohonan Perjawatan
  2. Pengemaskinian rekod perjawatan
  3. Pengambilan Kakitangan baru
  4. Urusan lantikan peg. kontrak
  5. Pengesahan / perlanjutan tempoh percubaan
  6. Perakuan Taraf Pencen
  7. Kenaikan Pangkat / Pemangkuan
  8.  Tanggung Kerja
  9. Gaji dan Elaun
  10. Mewarta Kakitangan
  11. Pertukaran dan penempatan
  12. Penempatan Pegawai Tadbir Negeri
  13. Penyediaan Anggaran Belanjawan  – Bajet Emolumen induk Tahunan
  14. Semakan keperluan tenaga kerja  / beban tugas /  prestasi selepas tambahan kakitangan ( melaui kaedah Naziran dll )                                                                                                             

PERKHIDMATAN

  1. Persaraan Wajib,Pilihan,pencen terbitan Atas Sebab Kesihatan
  2. Mengambillkira perkhidmatan Lepas
  3. Bayaran Gantian Cuti Rehat
  4. Pengurusan rekod cuti
  5. Tuntutan kos rawatan /perubatan
  6. Tuntutan Perkeso
  7. Pengeluaran surat GL 
  8. Tuntutan bayaran lesen pemandu
  9. Pengeluaran wang KWSP
  10. Tuntutan Perpindahan
  11. Permohonan Pinjaman Perumahan / Arahan Potongan Gaji
  12. Pengemaskinian Buku Rekod  perkhidmatan dan Semakan Kakitangan
  13. Pendaftaran  & Pengemaskinian fail peribadi / proses kerja
  14. Kawalan Bilik Fail dan Bilik Setor Bahagian
  15. Permohonan jawatan melalui Jabatan
  16. Mengurus penganugerahan Bintang
  17. Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan dan Perjawatan
  18. Pemeriksaan Kesihatan ( Umur 40 thn ke atas.)

 

LATIHAN

  1. Menyediakan pelan operasi latihan tahunan
  2. Mengatur urus Latihan Dalaman
  3. Mengatur urus Latihan Luaran
  4. Pemantauan pencapaian 7 hari berkursus dan pemakluman rekod kepada bahagian
  5. Mengemaskini rekod kehadiran kursus melalui E-PSM
  6. Kemaskini rekod kursus di Buku Perkhidmatan dan penyimpanan sijil penyertaan
  7. Menguruskan permohonan dan penempatan pelajar praktikal / peralihan
  8.  Jawatankuasa Latihan ( 3 Kali Setahun )
  9. Menyelaras peperiksaan perkhidmatan untuk pengesahan jawatan
  10. Kursus Tranformasi INSPIN  ( Induksi  Umum)
  11. Kursus Tranformasi  Dalaman (Induksi Khusus )            

HERMIS

  1. Mengurus dan memantau sistem HRMIS MBAS
  2. Kemasukan rekod Pengistiharan Harta  melalui HRMIS
  3. Kemasukan Rekod SKT dan Nilaian prestasi melalui HRMIS
  4. Kemasukan rekod perkhidmatan cuti  melalui HRMIS
  5. Kemasukan rekod Data Perjawatan, rekod peribadi dan profil perkhidmatan
  6. Menyedia laporan status pencapaian pengemaskinian rekod HRMIS kepada SUK Negeri .
  7. Menyelaras aktiviti bengkel  dalaman HRMIS
  8. Kawal selia Bilik Makmal ICT MBAS
  9. Memantau kemudahan infrastruktur bagi penggunaan sistem HRMIS
  10. Point of reference kepada pengguna HRMIS di MBAS.
  11. Tapisan Keselamatan pegawai baru dan Tapisan Keutuhan SPRM

INTEGRITI & PRESTASI

  1. Aduan Salahlaku Kakitangan
  2. Mengatur urus sesi kaunseling
  3. Proses Tatatertib ( JK Teknikal Displin & Salahlaku dan Lembaga Tatatertib ) 
  4. Kad Perakam Waktu, Laporan dan Anallisa ( Bulanan )
  5. Ujian  Mengejut  Urine Test
  6. Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan
  7. Panel Pembangunan Sumber Manusia
  8. Penyediaan Laporan  Nilaian Prestasi  Tahunan
  9. Penyediaan Laporan  Prestasi Piagam Pelanggan  (Sukuan)
  10. Laporan Prestasi  Tahunan Bahagian
  11. Semakan Rekod Pengistiharan Harta
  12. Laporan Pengelibatan parti Politik
  13. Pemantauan pencapaian kriteria SSR / Pelan Strategik MBAS
  14. Teguran Audit Dalam  dan Audit Indeks Akauntabiliti
  15. Majlis Bersama Jabatan
  16. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  17. Audit MS ISO  / Audit ISMS
  18. Audit 5s
  19. Audit Pejabat Keselamatan ( JPM)
  20. Audit  Arkib Negara

 

Fungsi Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan

Penguatkuasaan adalah satu tindakan undang-undang oleh kerajaan, agensi kerajaan, badan berkanun dan penguasa tempatan terhadap pelaku kesalahan.

Jawatan Penguatkuasa diwujudkan pada tahun 1971 dan kini diletakkan dibawah Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS. Tugas utama mereka ialah di bahagian tempat letak kereta dan penjaja.

 

Tugas Penguatkuasa

  • Menjalankan tugas mengikut arahan secara berkumpulan di zon yang ditetapkan.
  • Mengawasi pasar-pasar Majlis pada hari Cuti Minggu dan Cuti Am.
  • Menjalankan operasi-operasi Majlis yang diarahkan oleh Bahagian Undang-Undang.
  • Menyerahkan laporan harian Buku Laporan Penguatkuasa (Buku Hijau) setiap hari Khamis

 

Komponen Bahagian

Bahagian ini dibahagikan kepada 5 unit kecil mengikut tugas/aktiviti masing-masing seperti berikut :

  1. Unit Pengurusan Perniagaan
  2. Unit Tempat Letak Kereta
  3. Unit Perkhidmatan Bandar, Taman & Rekreasi
  4. Unit Kesihatan Awam
  5. Unit Pentadbir & Pengiring

 

AKTIVITI BAHAGIAN

Tajuk: Operasi Binaan Tokong Tampa kebenaran di Taman Anggerik
Tarikh: 29 Julai 2018
Masa: 9.30 pagi

 

Unit Pengurusan Perniagaan

Kumpulan ini diwujudkan selaras dengan pewujudan Bahagian Pengurusan Perniagaan Majlis. Tugas utama kumpulan ini ialah membantu bahagian ini dari segi penguatkuasaaan peraturan yang bersangkutan dengan perlesenan dan kebersihan premis makanan. Aktiviti kumpulan ini melibatkan tindakan penguatkuasaan ke atas perkara-perkara seperti berikut :

  1. Penjaja termasuklah penjaja roda tiga dagangan, van, motosikal, basikal dan penjaja statik.
  2. Roda tiga dagangan (barangan).
  3. Beca.
  4. Penarik.
  5. Permit sementara.
  6. Sewa petak/gerai/bangunan.
  7. Lesen setol.
  8. Kilang dan gudang makanan.
  9. Kedai kopi/makanan.

 

Unit Tempat Letak Kereta

Kumpulan TLK ini menjalankan tugas utama menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan perletakan kenderaan di dalam kawasan Majlis. Aktiviti di bawah kumpulan ini hanya ada dua iaitu tindakan penguatkuasaan ke atas perkara-perkara berikut :

  1. Tempat letak kereta bermeter
  2. Tempat letak kereta tidak bermeter

Kumpulan ini adalah kumpulan yang terbanyak sekali mengeluarkan notis kompaun setiap bulan. Malah bayaran kompaun TLK merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan Majlis.

 

Unit Perkhidmatan Bandar, Taman & Rekreasi

Seperti kumpulan pengurusan perniagaan, kumpulan ini diwujudkan selaras dengan pewujudan Bahagian Perkhidmatan Bandar dan Bahagian Taman dan Rekreasi Majlis. Kumpulan ini membantu dua bahagian tersebut dari segi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Majlis yang bersangkutan dengannya. Aktiviti kumpulan ini adalah meliputi tindakan penguatkuasaaan ke atas perkara yang bersangkutan seperti berikut :

  1. Pembuangan sampah
  2. Kebersihan tandas awam
  3. Projek-projek daripada kontraktor
  4. Kaki lima dan bahu jalan
  5. Taman-taman awam dan taman permainan
  6. Taman perumahan
  7. Tanah lapang
  8. Penebangan pokok
  9. Kecurian/kerosakan serta salah guna

 

Unit Kesihatan Awam

Kumpulan ini diwujudkan untuk membantu Bahagian Kesihatan Awam dari segi penguatkuasaan peraturan yang bersangkutan dengannya. Kumpulan ini akan berganding bahu dengan bahagian berkenaan dalam menjalankan tugas seharian mereka. Antara aktiviti kumpulan ini ialah tindakan penguatkuasaan mengenai hal yang bersangkutan dengan perkara-perkara tersebut di bawah :

  1. Iklan dan sepanduk
  2. Pasar awam dan swasta
  3. Kedai gunting/kerinting rambut dan Unisex
  4. Bengkel dan industri
  5. pencemaran
  6. Bazar malam dan pagi
  7. Jualan buah bermusim
  8. Haiwan merayau
  9. Rumah urut
  10. Perniagaan kereta baru/terpakai
  11. Perniagaan barang lusuh

 

Unit Kesihatan Awam

Sebenarnya kumpulan ini dikhaskan kepada dua kakitangan di Bahagian Penguatkuasa dan membuat tugas penyeliaan. Di samping tugas penyeliaan, mereka juga membuat tugas-tugas pentadbiran yang lain serta membantu apabila tugas memerlukan khidmat mereka. Dua orang Penguatkuasa Rendah Gred (N9) menjalankan tugas-tugas ini. Selain dari tugas pengiring juruwang Majlis, tugas mereka ialah :

  1. Jadual tugas bulanan anggota
  2. Laporan bulanan
  3. Mengatur operasi rampas/pemeriksaan, dll.

 

Zon Penguatkuasa

Kawasan-kawasan di bawah penguatkuasaan MBAS dibahagikan kepada zon-zon tertentu untuk memudahkan pengurusan.

ZON A

  • Jalan Putra hingga Alor Janggus.
  • Jalan Gangsa hingga Jalan Suka Menanti.
  • Jalan Pantai Johor hingga Gunung Keriang.
  • Jalan Sultanah dan Sultanah Sambungan.
  • Jalan Tunku Abd. Rahman hingga Jalan Dato’ Syed Omar.
  • Pasar Peremba dan Pasar Kampong Berjaya.

ZON B

  • Jalan Sultan Badlishah.
  • Jalan Stadium, Jalan Pintu Sepuloh, Jalan Tambang Badak.
  • Lebuhraya Darul Aman hingga Pantai Johor.
  • Pasar Jalan Tunku Abdul Halim dan Jalan Tun Razak

ZON C

  • Jalan Langgar hingga Pokok Sena.
  • Jalan Hutan Kampong hingga Bukit Pinang.
  • Pantai Johor hingga Kepala Batas.
  • Jalan Datuk Kumbar.
  • Jalan Tanjung Bendahara hingga Alor Mengkudu.
  • Jalan Tunku Ibrahim.
  • Pasar Pokok Sena dan Langgar

ZON D

  • Jalan Raja, Lebuhraya Sultan Abdul Halim hingga Kota Sarang Semut.
  • Jalan Pegawai, Pekan Melayu, Pekan Cina, Jalan Nagore.
  • Pekan Simpang Kuala hingga Kuala Kedah.
  • Pasar Simpang Kuala, Pasar Kuala Kedah dan Pasar Simpang Empat
  •  
MAJLIS DAERAH BALING

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah.

Tel : 604-7332499
Fax : 604-7334377
E-Mel : mbas@mbas.gov.my

Komponen Jabatan

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran dibahagikan kepada 3 bahagian di dalam memastikan keberkesanan & kecekapannya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan MBAS. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

1. Bahagian Perkhidmatan Bandar

2. Bahagian Pelesenan

3. Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja

4. Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan

5. Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran

6. Unit Pentadbiran

 

OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

  1. Meningkatkan pengurusan pelupusan sisa pepejal.
  2. Meningkatkan pengurusan dan pembangunan tapak pelupusan sisa pepajal.
  3. Meningkatkan pengurusan pembersihan sungai, alor dan parit / longkang.
  4. Meningkatkan pembangunan, pengindahan dan pembersihan tandas-tandas awam.
  5. Memperbanyakkan program kesedaran masyarakat.
  6. Memodenkan kemudahan dan peralatan kerja.
  7. Meningkatkan program pembangunan tenaga manusia.
  8. Meningkatkan pengurusan lot kosong / kawasan lapang.
  9. Memelihara alam sekitar agar bersih, selamat dan nyaman.
  10. Membentuk masyarakat cintakan alam sekitar yang bersih dan selamat.

VISI

MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DENGAN KOS YANG EFEKTIF DAN BERKESAN BAGI MEWUJUDKAN SUASANA SIHAT, SELAMAT, SELESA DAN SEJAHTERA

MISI

MENINGKATKAN MUTU PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DENGAN PENDEKATAN MESRA RAKYAT DISAMPING PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG SEDIA ADA KE ARAH SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG BERKESAN

 

FUNGSI BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

UNIT PENGURUSAN/ KAWAL SELIA SISA PEPEJAL

1. FUNGSI UNIT KAWAL SELIA

  1. Memantau kerja-kerja pemungutan sampah dan pembersihan awam yang dilakuan oleh  Syarikat E-Idaman Sdn Bhd.
  2. Memantau kerja-kerja pemotongan rumput  yang dibuat oleh  Syarikat  E-Idaman Sdn Bhd disekitar kawasan seliaan Majlis.
  3. Memantau kerja-kerja pembersihan parit / longkang  yang dibuat oleh Syarikat 

           E-Idaman Sdn Bhd.                         

  1. Memantau kerja-kerja pembersihan di Pasar-Pasar Malam,PasarPagi dan di tapak-tapak karnival.

 

2.  FUNGSI UNIT SETOR

  1. Menyelenggara dan membekal peralatan kerja hal-hal berkaitan program gotong  

           royong.          

     b) Memasang dan memunggah khemah untuk acara-acara anjuran Majlis dan pihak               

         Kerajaan Negeri.

     c) Memasang dan memunggah khemah yang disewa untuk Majlis kenduri dan 

         sebagainya oleh pihak perseorangan dan swasta.

     d) Membaikpulih dan menyelenggara peralatan kerja.

     e)  Membantu kerja-kerja operasi Majlis serta jabatan luar.

     f) Memasang bendera sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan

        Kedah Darul Aman dan  Sambutan Hari Kemerdekaan.         

     g) Membekal tong  sampah 120Liter dan 240Liter  untuk acara keramaian oleh agensi-

        agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan sekolah-sekolah.

    h) Membantu kerja-kerja pemindahan peralatan pejabat dan pengubahsuaian pejabat.

    i) Membantu kerja-kerja pelupusan peralatan pejabat di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

       Majlis,Jabi.

   j) Membantu kerja-kerja pembersihan dalam pejabat.

   k) Mengurus penghantaran minyak diesel ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis,Jabi.

   l) Mengurus dan menyelia pembahagian minyak mesin bush cutter.

  m) Terlibat dengan Bantuan Bencana

 

3. FUNGSI UNIT PELUPUSAN SISA PEPEJAL

  1. Menyelia dan memantau kerja-kerja pelupusan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis, Jabi.
  2. Merekod timbang berat muatan pungutan sampah bagi setiap  lori yang masuk/keluar keTapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis.
  3. Memantau dan menentukan lokasi pembuangan sampah di tapak pelupusan.
  4. Menerima dan merekodkan bayaran pembuangan sampah mengikut trip

( RM10.00 @ satu trip ).

  1. Menyediakan surat kebenaran melupuskan aset-aset jabatan

           kerajaan dan lain-lain agensi.

 

UNIT KAWALAN PERSEKITARAN

4. FUNGSI UNIT SUNGAI / TERUSAN

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai dan  terusan.
  2. Memantau dan membersihkan sampah sarap di tebing  sungai dan  terusan.
  3. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput ditebing sungai dan terusan.
  4. Mengendalikan bot Majlis untuk acara Lumba Perahu / Temasya  Sukan Sungai dan membantu kerja-kerja pembersihan sungai.
  5. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

5. FUNGSI UNIT PEMBERSIHAN TEMPAT AWAM

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di hentian-hentian bas dan Terminal Bas Shahab Perdana.
  2. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi pusat-pusat pelancongan.
  3. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di pusat-pusat rekreasi.
  4. 4.Terlibat dengan Bantuan Bencana.

 

6. FUNGSI UNIT GERAK CEPAT / LOT KOSONG

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan di  kawasan  lot-lot kosong secara berkala.
  2. Memantau dan menjalankan kerja pembersihan kolam  tadahan di kawasan taman perumahan secara berkala.
  3. Menjalankan siasatan dalam menangani aduan  lot kosong yang  terbiar dan menyebabkan kacau ganggu.
  4. Terlibat dengan program gotong royong anjuran Majlis  dan agensi- agensi luar.
  5. Terlibat dengan Bantuan Bencana

 

UNIT FASILITI SANITARI                                                                    

7. FUNGSI UNIT TANDAS AWAM

  1. Memantau kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan  oleh operator tandas awam  milik Majlis.
  2. Memantau kerja-kerja pembersihan bilik air pejabat Majlis oleh operator yang dilantik oleh Majlis.
  3. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kutipan di  Tandas Awam Terminal Bas Shahab.
  4. Menerima kutipan sewaan tandas awam dari operator- operator tandas awam milik Majlis.
  5. Menyediakan perkhidmatan sewaan tandas bergerak bagi acara-acara majlis anjuran kerajaan / swasta serta karnival.
  6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kutipan Tandas  Awam Pasar Telok Wan Jah.
  7. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

 

8. FUNGSI UNIT PENYELENGGARAAN KEBERSIHAN BANGUNAN MAJLIS

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan  bangunan-bangunan milik Majlis.
  2. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan   kompleks-kompleks perniagaan milik Majlis.
  3. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

 

9. FUNGSI UNIT PENYELENGGARAAN KEBERSIHAN PEJABAT MAJLIS

  1. Memantau dan menjalankan kerja-kerja pembersihan didalam dan luar kawasan bangunan pejabatMajlis.
  2. Terlibat dengan Bantuan Bencana.

Fungsi Bahagian Pelesenan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan kerja-kerja berkaitan sosial kemasyarakatan dan menjana hasil kepada Majlis. Di antara kerja-kerja sosial adalah seperti mengawal kacau ganggu, pencemaran, haiwan merayau disamping kesihatan sosial seperti kawalan wabak dan juga kawalan mutu makanan. Kutipan hasil kepada Majlis adalah melalui kutipan hasil daripada Lesen Tred, Iklan, Sewa Pasar dan lain-lain.

  1. Merancang segala aspek mengenai perlesenan premis tred dan perindustrian dan kawalan kualiti makanan
  2. Pemeliharaan taraf kebersihan dan taraf kesihatan ruang / tempat perniagaan
  3. Menentukan semua perniagaan mempunyai lesen premis
  4. Menyelaras aktiviti kawalan kualiti makanan dan pencemaran alam sekitar
  5. Menguruskan kualiti perkhidmatan bahagian
  6. Mengawal serta mengambil tindakan terhadap premis / peniaga tanpa lesen
  7. Memastikan semua aktiviti perniagaan dijalankan di tempat yang diluluskan
  8. Memperluaskan skop perlesenan bagi meningkatkan pulangan hasil

Bahagian Kesihatan Persekitaran bertanggungjawab terhadap pengurusan aktiviti kutipan hasil pelbagai jenis lesen seperti berikut:

  • Lesen Tred
  • Lesen Pasar / Sewa
  • Lesen Iklan / Kebenaran Sepanduk / Paparan Iklan

Antara bidang tugas lain yang bukan bentuk hasil adalah dari segi keselamatan sosial, kesihatan dan ketenteraman awam khasnya yang berada dibawah kawalan kawasan perkhidmatan Majlis seperti:

  • Menubuhkan ‘Unit Vektor’ untuk mengawal penyakit yang disebabkan oleh nyamuk
  • Kawalan mutu makanan untuk memastikan kualiti makanan yang dipasarkan untuk orang ramai adalah selamat
  • Haiwan merayau adalah antara tugasan yang akan melibatkan pegawai penguatkuasa dan pekerja am bagi tujuan menagkap haiwan yang merayau yang boleh menyebabkan kacauganggu kepada orang awam
  • Menghapuskan kacauganggu dan halangan lain yang boleh mnyebabkan gangguan bising, pencemaran dll. 

Kesalahan-kesalahan yang biasa berlaku dalam pasaran

1. ASPEK BAHAYA KESIHATAN

  • Kandungan mikrobiologi
  • Pencemaran industri dan alam sekitar
  • Residu racun perosak
  • Aditif makanan
  • Bahan asing
  • Residu dadah

2. ASPEK PENIPUAN

  • Mutu makanan
  • Label bungkusan makanan
  • Iklan makanan
  • Akuan

 

Panduan Membeli Makanan Bekaleng

1. SEBELUM MEMBELI
Elak dari membeli makanan-makanan yang berkeadaan seperti:

  • Kemek yang teruk
  • Karat atau kakisan yang meluas
  • Bonjol atau menggelembung
  • Bocor atau berlubang
  • Tanda atau tompok hitam

2. SEBELUM MEMAKAN
Elak dari memakan makanan-makanan yang berkeadaan seperti :

  • KELIHATAN berbuih, pekat, berkulat atau berdadih
  • BERBAU busuk dan masam
  • RASA tangik, pahit dan berlainan dari biasa

 

Apakah hak anda sebagai pengguna?

  • Pastikan makanan yang anda beli berkualiti, bersih dan bermutu.
  • Pastikan makanan berkaleng tidak berkarat, menggelembung atau kemek.
  • Pastikan makanan yang dijual mempunyai tarikh luput.
  • Pastikan botol-botol minuman keras atau tin-tin/botol-botol minyak masak tidak diguna semula untuk mengisi makanan.
  • Elakkan dari membeli makanan yang mana pembalut atau bungkusannya telah pecah ataupun terbuka.

 

Tindakan anda sebagai pengguna
Sekiranya anda ingin membuat aduan, sila nyatakan butiran berikut :

  • Nama Pengadu
  • Alamat
  • Jenis Makanan
  • Tempat Dibeli
  • Resit Pembelian
  • Tarikh Pembelian
  • Masa Pembelian
  • Saksi (jika ada)

 

Fungsi Bahagian Perlesenan
Bahagian Perlesenan dipertanggungjawab dalam hal perlesenan dan kawalan perniagaan berkaitan dengan makanan didalam kawasan pentadbiran MBAS. Bahagian ini mengeluarkan serta mengendalikan lesen-lesen seperti Lesen Penjaja, Lesen Kedai Kopi / Makanan, Lesen Gerai, Lesen Rumah Tumpangan, Lesen Kantin, Lesen Establisymen Makanan, Lesen Kedai Runcit serta mengendalikan kutipan sewa bagi Harta-harta Majlis (Bangunan, Gerai dan Petak Penjaja).

  1. Keputusan untuk lesen penjaja akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan.
  2. Keputusan permohonan lesen perniagaan makanan akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan.
  3. Keputusan permohonan sewaan ruangniaga akan diberikan dalam tempoh ( 2 ) bulan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam memberi segala kemudahan/perkhidmatan yang berkaitan dengan perlesenan dari segi mendapatkan lesen baru, memperbaharui lesen, pindahmilik lesen, penyewaan ruangniaga dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan perniagaan yang boleh dilesenkan dibawah Undang-Undang MBAS.

 

Komponen Bahagian

Terdapat ( 2 ) unit utama dalam menyokong fungsi bahagian ini:

  1. Unit Establisymen Makanan
  2. Unit Perniagaan Kecil.

 

Unit Establisymen Makanan

Unit Kedai Makanan

  • Memproses permohonan lesen kedai makanan dan minuman.
  • Memproses permohonan ubah milik lesen Kedai Kopi/Makanan.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen Kedai Makanan.
  • Memproses permohonan lesen Rumah Tumpangan.
  • Memproses permohonan ubahmilik lesen Rumah Tumpangan.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan lesen Kedai Makanan dan Rumah Tumpangan.

Unit Kilang Makanan

  • Memproses permohonan lesen Kilang Makanan.
  • Memproses permohonan ubahmilik lesen Kilang Makanan.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen Kilang Makanan.
  • Memproses permohonan lesen Kantin.
  • Pemeriksaan untuk pembaharuan lesen kantin.
  • Memproses permohonan lesen Kedai Runcit.
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan lesen Kilang Makanan, lesen Kantin dan lesen Kedai Runcit.

Unit Perniagaan Kecil

Unit penjaja

    • Memproses permohonan lesen-lesen penjaja.
    • Memproses permbaharuan lesen-lesen penjaja.
    • Memproses permohonan ubahmilik lesen-lesen penjaja.
    • Pemeriksaan dan kawalan penjaja.
    • Memproses permohonan lesen penjaja sementara Musim Perayaan.
    • Memproses permohonan menyewa pusat-pusat menjaja.
    • Memeriksa dan mengawal pusat-pusat menjaja.
    • Memeriksa aduan-aduan berkaitan dengan penjaja

Unit Gerai/ruangniaga

    • Memproses permohonan lesen gerai makanan.
    • Memproses permohonan ubahmilik gerai makanan.
    • Memproses permohonan pembaharuan lesen Gerai Makanan.
    • Memproses permohonan menyewa ruangniaga.
    • Memeriksa dan mengawal ruangniaga.
    • Memeriksa aduan-aduan berkaitan dengan lesen gerai makanan dan ruangniaga Majlis

 

Jenis-jenis Lesen Yang Dikeluarkan

SEMUA JENIS PERNIAGAAN MAKANAN PERLU MEMPUNYAI LESEN
MBAS bertanggungjawab untuk mengawal semua aktiviti yang dijalankan di kawasan pentadbirannya. Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah memperuntukkan kuasa kepada MPKS menggubal undang-undang kecil pelesenan dan menguatkuasakan undang-undang kecil tersebut dalam kawasannya.

Lesen Penjaja

  • Kereta Tolak
  • Roda Tiga
  • Basikal
  • Motosikal
  • Statik
  • Van

 

Lesen Gerai Makanan

Lesen Establisymen Makanan

  • Kedai Kopi
  • Kedai Makanan
  • Kedai Kek / Roti
  • Kilang-kilang makanan
  • Kantin-kantin
  • Gudang makanan

Lesen Penjaja Sementara

  • Pada musim-musim perayaan

Lesen

  • Beca
  • Roda Tiga Dagangan

 

Lesen Rumah Tumpangan

Cara Mendapatkan Lesen

  • Dapat dan isikan borang permohonan lesen dengan lengkap
  • Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Hantarkan/Serahkan permohonan
  • Dapatkan akuan penerimaan dan nombor pendaftaran
  • Tunggu temuduga/pemeriksaan tempat perniagaan
  • Tunggu keputusan
  • Lulus
  • Tunaikan syarat-syarat
  • Sediakan gambar dan bayaran lesen
  • Dapatkan lesen yang sah untuk mula berniaga

 

Tujuan Melesenkan Perniagaan

  • Untuk maklumat rekod bagi mengawal dan merancang pembangunan perniagaan di kawasan pentadbiran MBAS.
  • Mengawal mutu kesihatan awam.
  • Memastikan mutu dan keselamatan barang atau makanan yang diniagakan terjamin.
  • Mengawal daripada kacauganggu dan pencemaran alam sekitar.
  • Memastikan tapak perniagaan selamat dan sesuai dari segi kesihatan dan persekitaran.

 

Perniagaan Tanpa Lesen Satu KESALAHAN

Di bawah Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 menjalankan perusahaan tanpa lesen adalah merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan berikut :

  • Kompaun tidak lebih dari RM 500.00
  • Merampas barang-barang perniagaan.
  • Mendakwa peniaga di mahkamah.

 

Mempunyai Lesen Tidak Semestinya Terlepas Dari Tindakan

Anda dikehendaki mematuhi segala undang-undang berkaitan yang lain. Contoh kesalahan yang boleh didenda seperti :

  • Tidak menjaga kebersihan diri, makanan premis.
  • Tidak memakai tutup kepala dan apron.
  • Membuang sampah merata-rata dan lain-lain.

 

Tapak Pembuangan Sampah MBAS

Sampah Perindustrian Pemilik industri hendaklah membuang sampahnya sendiri (jika sampah biasa) di tapak pembuangan sampah MBAS. Sekiranya bahan buangan ini mempunyai sisa toksik, sisa ini hendaklah dilupuskan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Tapak pelupusan/pembuangan sampah MBAS seluas 40 ekar terletak di Jabi iaitu 17 km dari Alor Setar. Pihak kami mengamalkan sistem ‘sanitary landfill’ untuk memberi keselesaaan dan kesejahteraan kepada orang ramai.
MBAS menyediakan perkhidmatan kepada mana-mana sektor swasta untuk membuang melupuskan sampah sama ada menggunakan perkhidmatan lori yang disediakan oleh MBAS ataupun menggunakan lori sendiri. Untuk memohon perkhidmatan ini, anda hanya perlu mengisi borang yang boleh didapati di Bahagian Perkhidmatan Perbandaran di Ibu Pejabat MBAS.

 

Larangan Membuang Sampah

Setiap pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya :

  • Membuang sampah merata-rata
  • Melonggokkan sampah di bahu jalan, tanah lapang atau di perkarangan bangunan
  • Membakar sampah di tempat-tempat awam

 

  • BAHAGIAN INSPEKTORAT KESIHATAN PERSEKITARAN 

    OBJEKTIF

    Merancang dan melaksanakan operasi penguatkuasaan undang-undang persekitaran sekurang-kurangnya 12 kali sebulan

    FUNGSI

    PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KESIHATAN PERSEKITARAN

    i) Merancang dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan          persekitaran.
    ii) Menyediakan dokumentasi untuk pendakwaan di mahkamah.
    iii)Merekod dan menyimpan bahan-bahan kes dengan selamat.
    iv)Menjalankan kerja-kerja pendakwaan di mahkamah.
    v) Memberi latihan dan khidmat nasihat berkenaan undang-undang kesihatan persekitaran kepada    kakitangan.
    vi)Mengumpul , mengemaskini dan menilai data dan maklumat untuk penambahbaikan.
    vii)Koordinasi operasi bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.
     

    PELAN BANGUNAN

    i)Membuat ulasan bagi pelan kebenaran  merancang dan kebenaran merancang sementara.
    ii)Membuat ulasan kehendak sanitari bagi pelan bangunan.
    iii)Menjalankan pemeriksaan tapak bagi sokongan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO/CCC)
    iv)Mengumpul dan mengemaskini rekod.

     

    KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN

    i)Merancang, melaksana dan menilai aktiviti persampelan makanan ke atas pencemaran:
    a) Kimia
    b) Fizikal
    c) Biologikal
    d) Antibiotik
    e) Pestisid

    ii)  Menjalankan operasi sitaan makanan yang melanggar akta dan peraturan makanan.
    iii) Menjalankan aktiviti “Food Alert” dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri.
    iv) Membantu Jabatan Kesihatan Negeri dalam aktiviti pemantauan sekolah latihan pengendali   makanan.
    v)  Merancang, melaksana dan menilai aktiviti pengambilan contoh air minuman dari stesen –      stesen percontohan bagi mematuhi Program Kualiti Air minuman Kebangsaan.
    vi) Menyediakan reten bulanan, suku tahun dan tahunan kepada Jabatan Kesihatan Negeri.
     

    KACAUGANGGU & KAWALAN PENCEMARAN

    i) Pemeriksaan dan laporan serta tindakan ( notis, kompaun, tindakan mahkamah) ke atas           kacauganggu pencemaran udara, debu dan habuk dari premis perniagaan, perindustrian ,    perdagangan tapak binaan dan kawasan perumahan.

    ii) Pemeriksaan dan laporan ke atas kacauganggu astetik seperti bangunan using, terbakar, kotor
    dan bangunan yang ditumbuhi dengantumbuhan menjalar.

    iii) Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas semua aduan-aduan yang berkaitan dengan          kacauganggu  kepada persekitaran (semak samun, ayam , lembu, khinzir dan lain-lain).

    iv) Mengambil tindakan ke atas perniagaan, perdagangan dan perindustrian yang beroperasi tanpa kebenaran bertulis dari pihak Majlis.

    v)Pemeriksaan dan laporan ke atas pencemaran air saliran dan parit awam yang melibatkan bahan buangan aktiviti perniagaan, perindustrian dan perdagangan.

    vi)Memantau kualiti efluen dari sistem rawatan kumbahan.
     

    KEKALKAN KEBERSIHAN KE ARAH KEINDAHAN PERSEKITARAN

Kebersihan asas kesihatan. Oleh itu kekalkan kebersihan Bandaraya Alor Setar. Hindarkan dari tabiat membuang sampah merata-rata. Sikap mengotorkan alam sekitar akan hanya mencemarnya dan bakal menimbulkan penyakit. Bantulah diri anda dengan membantu MBAS. Amalkan kebersihan ke arah kehidupan yang selesa dan sejahtera!

MAJLIS DAERAH PENDANG

Q : Apakah itu cukai taksiran?

A : Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

Q : Siapakah pembayar cukai taksiran?

A : Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

Q : Kenapa perlu membayar cukai taksiran?

A : Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

Q : Bila perlu dibayar?

A : Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu : • ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari. • ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun. Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj denda lewat seperti berikut :- RM100 kebawah – RM2.00 RM101 hingga RM200 – RM3.00 RM201 hingga RM400 – RM4.00 RM401 hingga RM600 – RM5.00 selepas itu bagi setiap RM100.00 atau sebahagian darinya RM2.00.

Q : Apakah yang akan terjadi jika tidak menjelaskan cukai dalam tempoh tersebut?

A : Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut : • Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 14 hari daripada tarikh notis. Bayaran Notis RM3.00 dan denda seperti diatas akan dikenakan seperti di perenggan 4. • *Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis menyita barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 20% juga akan dikenakan.

Q : Bagaimana nak mengelak dikenakan denda atau tindakan mahkamah?

A : Bayar segera sebelum 28 hb February dan 31hb Ogos setiap tahun.

Q : Apa yang perlu dilakukan jika bil tidak diterima?

A : Datang sendiri ke Majlis Daerah Pendang, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :- • No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta. • No. Akaun (Jika ada) atau • Bawa bil lama untuk rujukan

Q : Apakah tanggungjawab saya sebagai pembayar cukai

A : Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran. Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:- • Menyemak di pejabat Majlis Daerah Pendang samada hartanah anda sudah dikenakan cukai pintu. • Membayar cukai pintu sebelum tarikh akhir pembayaran. • Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos • Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada. • Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik serta menyampaikan salinan memorandum pindah milik atau dokumen hakmilik terakhir atau perjanjian jualbeli dengan melampirkan salinan dokumen diatas. • Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku. • Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan. • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika bangunan anda tidak diduduki. • Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran. • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan (Bangunan haram). • Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis. • Mengambil bil cukai taksiran di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai taksiran).

Q : Jika saya seorang penyewa rumah atau bangunan tersebut apa harus saya lakukan?

A : Anda boleh mengemukakan bil2 ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan disita. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151.6. Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda

Q : Mengapa cukai taksiran saya berbeza dengan jiran saya?

A : Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:- • Jenis bangunan • Keluasan lantai • Lokasi • Bahan-bahan pembinaan • Kegunaan

Q : Apakah saya layak menerima rebat jika bangunan saya tidak didiami?

A : Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan Kadaran Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.

Q : Apakah yang harus dilakukan apabila ingin membeli sebuah rumah atau tanah kosong?

A : Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah atau tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar tunggakan adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

Q : Jika saya telah menukar hakmilik atau menjual atau mewariskan harta atau harta, apa perlu saya buat?

A : Beritahu kepada Majlis dengan mengisikan Borang I atau Borang J dan lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160.6 Akta 171.

Q : Jika anda tidak mampu bagaimana untuk menjelaskan cukai?

A : Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Seksyen Penilaian untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai2 yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain2 masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.

Q : Apa itu cukai tanah?

A : Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

Q : Apakah perbezaan ‘cukai taksiran’ dan ‘cukai tanah’?

A : Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri..

MAJLIS DAERAH YAN

Apakah itu cukai taksiran?

Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

Siapakah pembayar cukai taksiran?

Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

Bila perlu dibayar?

Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :

• ½ tahun pertama – 1hb Januari hingga 28hb Februari.

• ½ tahun kedua – 1hb Jul hingga 31hb Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj denda lewat seperti berikut :-

a) RM100 kebawah – denda RM2.00

b) RM101 hingga RM200 – denda RM3.00

c) RM201 hingga RM400 – denda RM4.00

d) RM401 hingga RM600 – denda RM5.00

e) RM601 dan keatas selepas itu bagi setiap RM100.00 atau sebahagian darinya denda RM2.00.

Apakah yang akan terjadi jika tidak menjelaskan cukai dalam tempoh tersebut?

Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut : 

Notis (Borang E) akan dikeluarkan dan anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 14 hari daripada tarikh notis.

Bayaran Notis RM3.00 dan denda seperti diatas akan dikenakan seperti di perenggan 4.  

*Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas dan Waran ini membolehkan Majlis menyita barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 20% juga akan dikenakan.

Kenapa perlu membayar cukai taksiran?

Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

MAJLIS DAERAH SIK

Q : Apakah itu cukai taksiran?

A : Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

Q : Siapakah pembayar cukai taksiran?

A : Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

Q : Kenapa perlu membayar cukai taksiran?

A : Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

Q : Bila perlu dibayar?

A : Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :-

• ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.

• ½ tahun kedua – 1hb Julai hingga 31hb Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj denda lewat seperti berikut :-

• RM100 kebawah – RM2.00

• RM101 hingga RM200 – RM3.00

• RM201 hingga RM400 – RM4.00

• RM401 hingga RM600 – RM5.00

• selepas itu bagi setiap RM100.00 atau sebahagian darinya RM2.00.

Q : Apakah yang akan terjadi jika tidak menjelaskan cukai dalam tempoh tersebut?

A : Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut : • Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 14 hari daripada tarikh notis. Bayaran Notis RM3.00 dan denda seperti diatas akan dikenakan seperti di perenggan 4. • *Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda. Waran ini membolehkan Majlis menyita barang-barang yang ada di dalam bangunan atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 20% juga akan dikenakan.

Q : Bagaimana nak mengelak dikenakan denda atau tindakan mahkamah?

A : Bayar segera sebelum 28hb Februari dan 31hb Ogos setiap tahun.

Q : Apa yang perlu dilakukan jika bil tidak diterima?

A : Datang sendiri ke Majlis Daerah Sik, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-

• No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta.

• No. Akaun (Jika ada) atau

• Bawa bil lama untuk rujukan

Q : Apakah tanggungjawab saya sebagai pembayar cukai

A : Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran. Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-

• Menyemak di pejabat Majlis Daerah Sik samada hartanah anda sudah dikenakan cukai pintu. • Membayar cukai pintu sebelum tarikh akhir pembayaran.

• Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos

• Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada.

• Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik serta menyampaikan salinan memorandum pindah milik atau dokumen hakmilik terakhir atau perjanjian jualbeli dengan melampirkan salinan dokumen diatas.

• Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.

• Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan. • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika bangunan anda tidak diduduki.

• Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.

• Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan (Bangunan haram).

• Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.

• Mengambil bil cukai taksiran di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai taksiran).

Q : Jika saya seorang penyewa rumah atau bangunan tersebut apa harus saya lakukan?

A : Anda boleh mengemukakan bil2 ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan disita. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151.6. Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda

Q : Mengapa cukai taksiran saya berbeza dengan jiran saya?

A : Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-

• Jenis bangunan

• Keluasan lantai

• Lokasi

• Bahan-bahan pembinaan

• Kegunaan

Q : Apakah saya layak menerima rebat jika bangunan saya tidak didiami?

A : Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan Kadaran Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.

Q : Apakah yang harus dilakukan apabila ingin membeli sebuah rumah atau tanah kosong?

A : Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah atau tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar tunggakan adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

Q : Jika saya telah menukar hakmilik atau menjual atau mewariskan harta atau harta, apa perlu saya buat?

A : Beritahu kepada Majlis dengan mengisikan Borang I atau Borang J dan lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160.6 Akta 171.

Q : Jika anda tidak mampu bagaimana untuk menjelaskan cukai?

A : Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Bahagian Penilaian untuk membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.

Q : Apa itu cukai tanah?

A : Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.

Q : Apakah perbezaan ‘cukai taksiran’ dan ‘cukai tanah’?

A : Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri.

MAJLIS DAERAH PADANG TERAP
    1. Bilakah tempoh tamat lesen?

        Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun.

    1. Lesen saya diluluskan dalam bulan November tahun 2006. Bilakah tamat lesen tersebut?

        Lesen anda akan tamat pada 31 Disember 2006.

    1. Saya ingin membuat tambahan rumah. Apakah syarat-syaratnya?

        Sila kemukakan permohonan dengan menyertakan plan bangunan yang dilukis oleh pelukis pelan berdaftar.

    1. Saya ingin memohon gerai untuk berniaga. Bagaimanakah caranya?

        Iklan gerai yang kosong akan disiarkan di papan kenyataan di Pejabat MDPT dan Laman Sesawang Rasmi MDPT.

    1. Bilakah cukai pintu perlu dijelaskan?

        1 Januari sehingga 28 Februari untuk penggal pertama dan 1 Julai hingga 31 Ogos untuk penggal kedua setiap tahun.Kalau melebihi tarikh akhir setiap penggal maka pemilik akan dikenakan denda.

MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU

1. Apakah yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
Cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu cukai yang perlu dibayar oleh semua pemilik harta yang tidak dikecualikan dalam kawasan yang telah diwartakan dalam Pihak Berkuasa Tempatan dan cukai ini dijelaskan dalam dua ansuran pada setiap tahun.

2. Bagaimanakah Taksiran Harta Dilakukan?
Penyiasatan dan ukur periksa bangunan dibuat oleh pegawai dari Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta. Kerjasama pemilik atau penghuni bangunan adalah diperlukan dengan membenarkan mereka memasuki bangunan serta memberi maklumat atau mengisi borang-borang jika diperlukan.

Pegawai – pegawai ini memakai tanda nama dan memiliki kad kuasa. Sekiranya berasa curiga, pemilik boleh meminta untuk memeriksa kad kuasa berkenaan.

Satu notis akan dikirimkan kepada pemilik harta sebelum cukai taksiran tersebut dikuatkuasakan.

3. Ketidakpuasan Anda Dengan Cukai Taksiran. Apakah Hak Anda?
Anda boleh mengemukakan surat bantahan dengan syarat ianya mengikut tarikh yang dinyatakan dalam notis.

Majlis akan menimbangkan bantahan anda dan kemudian membuat keputusan. Dalam masa Majlis memproses bantahan anda, anda masih perlu membayar cukai taksiran yang dikenakan.

4. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Majlis sekiranya pemilik premis / bangunan gagal membayar cukai taksiran?
Kegagalan membayar cukai taksiran akan menyebabkan anda :

    • Notis akan dikeluarkan (Notis E)
    • Premis akan disita
    • Harta alih akan dirampas dan disita
    • Perintah penahanan  oleh mahkamah

5. Bagaimanakah hendak memohon lesen perniagaan khas?
Bagi pelanggan yang berminat untuk memohon lesen perniagaan khas anda hendaklah :

    • Membeli BORANG KOMPOSIT BAGI PERMOHONAN LESEN PREMIS DAN LESEN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN dengan harga RM1.00 dan bayaran proses dikenakan untuk borang ini ialah RM15.00.
    • Mengisi dan mengembalikan borang kepada Majlis dengan menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut :

          a. Memorandum dan Perkara Persatuan Bagi Syarikat (Memorandum and Articles of Association). Borang 24 (Return of allotment of Share) dan Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries Changes of Particulars) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1965.
          b. Borang A (Pendaftaran Syarikat) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan) dan Pendaftaran Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.
          c. Pelan lokasi premis yang terlibat.
          d. Pelan lantai premis berkenaan.
          e. Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
          f.  Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Sementara (CF) / (TCF).
          g. Gambar pemohon dua (2) keping (untuk pemohon individu sahaja).
          h. Sijil / surat pemeriksaan Doktor termasuk suntikan TY2 bagi semua pengendali makanan.

6. Apakah perniagaan yang dibenarkan di pasar malam?
Perniagaan yang dibenarkan di pasar malam merangkumi perniagaan makanan dan minuman, barang-barang keperluan harian, pokok-pokok bunga, tanaman, pakaian dan sebagainya. Waktu jualan yang dibenarkan adalah dari pukul 3.00 petang hingga 8.00 malam.

7. Premis perniagaan mempunyai tanda nama, adakah tanda nama tersebut perlu dilesenkan?
Tanda nama tersebut perlu dilesenkan mengikut Undang-Undang Kecil (Iklan) di mana kadar bayaran adalah bergantung kepada ukuran setiap papan iklan tersebut.

PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM
Skip to content