Akta Kerajaan Tempatan [Akta 171] di bawah subseksyen 73. (1) memperuntukkan suatu pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan undang-undang kecil untuk menjalankan peruntukan Akta 171 dengan cara lebih baik.
Seksyen 102 akta yang sama juga dengan jelas menyebut selain daripada kuasa untuk membuat undang-undang kecil yang diberi dengan nyata atau secara tersirat kepada pihak berkuasa tempatan oleh mana-mana peruntukan lain Akta 133, tiap-tiap pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda dan membatalkan undang-undang kecil mengenai segala perkara yang perlu atau diingini untuk memelihara kesihatan, keselamatan dan kesentosaan penduduk atau untuk mengadakan aturan dan pengelolaan yang baik bagi kawasan pihak berkuasa tempatan.
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 [Akta 133] melalui seksyen 133 memberi Pihak Berkuasa Negeri kuasa untuk membuat undang-undang kecil bagi atau berkenaan dengan tiap-tiap maksud yang difikirkan perlu olehnya bagi menjalankan peruntukan Akta ini dan bagi menetapkan sesuatu perkara yang dibenarkan atau dikehendaki ditetapkan di bawah Akta 133.
Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] menyebut di bawah subseksyen 58 (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan maksud Akta 172.
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] menyebut melalui subseksyen 72 (1) mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan atau badan awam boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengadakan tempat letak kereta yang sesuai bagi kenderaan-kenderaan.
Senarai undang-undang subsidiari –