- Undang-undang Kecil Bangunan (Tempat-tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kulim) 1995
UUK 3 memperuntukkan tiada pelan bangunan boleh diluluskan melainkan menyediakan pelan-pelan tempat letak kereta sekiranya dikehendaki.
- Undang-undang Kecil Dewan Perbandaran (Majlis Daerah Kulim) 1994
UUK 3 memperuntukkan tiada seorang boleh menggunakan dewan atau mana-mana bahagiannya tanpa kebenaran bertulis Yang Dipertua.
Dewan hendaklah digunakan bagi maksud mesyuarat, seminar, jamuan, pertunjukkan kebudayaan, hiburan atau perdagangan atau lain-lain maksud yang dibenarkan oleh Yang Dipertua.
- Undang-undang Kecil Pasar Malam/Sehari (Majlis Daerah Kulim) 1993
UUK 3 memperuntukkan tiada siapa boleh mendirikan apa-apa gerai pasar malam/sehari di mana-mana jalan awam, lorong atau di atas mana-mana tanah yang berdepankan jalan kecuali mempunyai lesen untuk itu.
Setiap lesen akan dikeluarkan tiap-tiap hari dan tidak boleh dipindahmilik.
- Undang-undang Kecil Pasar (Majlis Daerah Kulim) 1994
UUK 3(1) memperuntukkan tiada seorang boleh menubuh, mengelola atau menjalankan pasar persendirian di mana-mana tempat, tanah pegangan, bangunan atau premis tanpa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Majlis.
- Undang-undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Daerah Kulim) 1994
UUK 3 memperuntukkan tiada seorang boleh mengendalikan suatu tempat letak kereta persendirian melainkan jika dia memiliki lesen yang sah di bawah UUK ini.
- Undang-undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Daerah Kulim) 1995
UUK 3 (1) mengkehendaki pelan-pelan kerja tanah dikemukakan dan diperakui.
- Undang-undang Kecil Ternakan Ayam-Itik (Majlis Daerah Kulim) 1994
UUK 7 memperuntukkan tiada seorang dibenarkan menggunakan sebarang tempat dalam kawasan Majlis sebagai reban ternakan ayam-itik yang melebihi 20 ekor kecuali mempunyai lesen dari Majlis.
- Undang-undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (Majlis Daerah Kulim) 1994
UUK 3(1) memperuntukkan tiada satu tempat dalam kawasan Majlis boleh digunakan sebagai tempat establisymen makanan melainkan dilesenkan oleh Majlis dibawah UUK ini
- Undang-undang Kecil Rumah Urut (Majlis Daerah Kulim) 1991
UUK 3 memperuntukkan tiada suatu permis boleh dijadikan rumah urut tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua setelah mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa negeri.
- Undang-undang Kecil Bangunan (Bayaran-Bayaran) (Majlis Daerah Kulim) 1991
UUK 3 memperuntukkan bayaran bagi fee proses pelan, sumbangan kemajuan pemaritan-pemaritan am, caruman kerja-kerja pengindahan dan caruman kawasan-kawasan lapang.
- Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis Daerah Kulim) 1994
UUK 3(1)(a) memperuntukkan tiada satu premis boleh digunakan sebagai kedai gunting rambut melainkan lesen dikeluarkan oleh Majlis.
- Undang-undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Kulim) 2009
UUK 3(1) memperuntukkan tiada seseorang boleh mengendalikan suatu hotel melainkan telah diberikan lesen oleh pihak berkuasa melesen.
- Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (Majlis Perbandaran Kulim) 2009
UUK 2 mentafsirkan penjaja termasuk penjaja beredar, statik dan sementara.
UUK 3(1) memperuntukkan tiada siapa bertindak sebagi penjaja melainkan pemegang lesen yang diberikan oleh Yang Dipertua.
UUk 3(2) memperuntukkan tiada siapa boleh mengendalikan gerai melainkan pemegang lesen dibawah UUK ini.
- Undang-undang Kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kulim) 2010
UUK 3(1) memperuntukkan tiada siapa boleh menggunkan suatu tempat atau premis dalam kawasan Majlis bagi apa-apa tred, perniagaan atau perindustrian tanpa lesen dikeluarkan oleh Majlis.
- Undang-undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Kulim) 2010
UUK 7(1) memperuntukkan seseorang tidak boleh mempamerkan atau mendirikan atau menyebabkan dipamerkan atau didirikan apa-apa iklan tanpa suatu lesen oleh Majlis.
- Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (Majlis Perbandaran Kulim) 2009
UUK 17(1) memperuntukkan tiada seorang boleh membina atau menggunakan mana-mana bangunan, pegangan atau premis sebagai tempat pembiakan anjing melainkan jika dilesenkan oleh Yang Dipertua di bawah UUK ini.
- Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Kulim) 2009
UUK 3(1) memperuntukkan tiada tempat dalam kawasan Majlis boleh digunakan bagi maksud memelihara haiwan termasuklah kuda, lembu, sapi, kerbau, kambing, biri-biri, khinzir, gajah dan binatang ternakan termasuk ayam, itik, ayam belanda, angsa, burung atau binatang ternakan lain tanpa suatu lesen yang dikeluarkan oleh Majlis dibawah UUK ini.
- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
UUK 3 (1) memperuntukkan semua pelan bangunan perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mendapat kelulusan.