CARA MEMOHON
- Borang permohonan boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Baling (www.pbt.kedah.my/mdbaling) secara percuma.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
- Gambar berukuran passport
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Peperiksaan
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Lesen ( Bagi Jawatan yang Berkenaan Sahaja ) vi Lain-lain Sijil yang berkaitan
(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)
- Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan bersama.
- Permohonan berikut akan DITOLAK
- tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
- borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;
- borang permohonan tidak ditandatangani;
- borang permohonan tidak disertakan gambar; dan
- salinan dokumen yang tidak diakui sah.
- salinan yang disahkan SELAIN daripada perkara (b) vi.
- calon daripada kalangan SAUDARA kakitangan Majlis Daerah Baling.
ALAMAT PERMOHONAN
- Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BALING, 09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.
- Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pada atau sebelum :16hb, Januari 2022
Catatan Am
Sila tulis nama jawatan yang dipohon di tepi sampul sebelah kiri.
- Susunan dokumen mestilah mengikut arahan di (b) dan dikepilkan bersama klip kertas
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga;
- Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.