CARA MEMOHON

  • Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
    • Gambar berukuran passport
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Sijil Peperiksaan
    • Salinan Sijil Kelahiran
    • Salinan Lesen ( Bagi Jawatan yang Berkenaan Sahaja ) vi      Lain-lain Sijil yang berkaitan

(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)

  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan bersama.
  • Permohonan berikut akan DITOLAK
    • tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
    • borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;
    • borang permohonan tidak ditandatangani;
    • borang permohonan tidak disertakan gambar; dan
    • salinan dokumen yang tidak diakui sah.
    • salinan yang disahkan SELAIN daripada perkara (b) vi.
    • calon daripada kalangan SAUDARA kakitangan Majlis Daerah Baling.

ALAMAT PERMOHONAN

  1. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH BALING, 09100 BALING,

KEDAH DARUL AMAN.

  • Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang  permohonan yang dikemukakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pada atau sebelum :16hb, Januari 2022

Catatan Am

Sila tulis nama jawatan yang dipohon di tepi sampul sebelah kiri.

  • Susunan dokumen mestilah mengikut   arahan   di   (b)   dan dikepilkan bersama klip kertas
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga;
  • Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
1. Pemandu Kenderaan H11
2. Pembantu Awam H11
3. Pembantu Tadbir N19
4.Pembantu Penguatkuasa KP19
5. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Borang Permohonan

1. Borang 1
2. Borang 2
3. Borang 3
4. Borang 4
Skip to content