RALAT - CADANGAN PEMBANGUNAN: TAWARAN MENYEWA, MENAIKTARAF, MENGURUS DAN MENYELENGGARA TINGKAT ATAS, BANGUNAN PASAR TELUK WANJAH 05100 ALOR SETAR, KEDAH

NO. SEBUTHARGA: MBAS/BBK/SHP/08-2023

Tawaran ini terbuka kepada orang ramai dan pengusaha yang berpengalaman dan berminat untuk Menyewa, Menaiktaraf, Mengurus dan Menyelenggara Tingkat Atas, Bangunan Pasar Teluk Wanjah, 05100 Alor Setar, Kedah. Sehubungan itu, adalah dipelawa individu atau syarikat yang berminat untuk mengemukakan kertas cadangan “Request For Proposal” (RFP) bagi pengurusan premis tersebut. Rujuk Lampiran (A) IKLAN TAWARAN untuk maklumat lanjut.

Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan kertas cadangan yang mempunyai maklumat lengkap dan wajib mengikut garis panduan penyediaan kertas cadangan seperti di borang ‘A’ dan boleh didapati di Bahagian Bekalan Dan Kontrak, Tingkat 8, Menara MBAS.

Syarikat perlu mengambil borang tersebut sebagai panduan utama bagi cadangan syarikat. Hal ini akan dinilai oleh MBAS bagi setiap cadangan yang dikemukakan.

Tarikh Tutup Tawaran: 21 JUN 2023 | JAM 12.00 TENGAHARI

DILANJUTKAN SEHINGGA 17 JULAI 2023

(A) IKLAN TAWARAN – muat turun iklan 
Skip to content