MAJLIS DAERAH BALING

PELUPUSAN ASET ALIH MAJLIS DAERAH BALING 2024

 

  1. Tawaran hendaklah dibuat atas nama penyebut harga / syarikat mengikut borang tawaran yang dikeluarkan. Borang tawaran boleh diperolehi dengan percuma di Bahagian Perolehan dan Aset, Jabatan Perbendaharaan atau di laman sesawang mdbaling.gov.my .
  1. Setiap tawaran hendaklah disertakan dengan deposit sebut harga 10% dari harga tawaran (Bukan 10% daripada harga rizab) tertakluk kepada had minimum RM 50.00 dan maksima RM 5,000.00. Deposit sebut harga hendaklah dibuat dengan menggunakan Bank Draf atau Kiriman Wang Pos sahaja atas nama MAJLIS DAERAH BALING yang dikepilkan bersama dengan borang tawaran yang telah diisi. Bayaran deposit sebut harga secara tunai, cek persendirian dan cek syarikat tidak diterima.
  1. Tempoh sah laku Bank Draf atau Kiriman Wang Pos mestilah tidak kurang enam (6) bulan dari tarikh sebut harga diiklankan.
  1. Setiap lot yang hendak disebut harga mesti menggunakan borang tawaran dan deposit sebut harga yang berasingan. (1 LOT KENDERAAN, 1 BORANG TAWARAN, 1 DEPOSIT SEBUT HARGA). Kepilkan bersama salinan kad pengenalan atau salinan SSM.
  1. Penyebut harga wajib mengisi semua maklumat dalam borang tawaran. Penyebut harga hendaklah menyatakan dengan jelas alamat surat menyurat terkini dan tarikh tawaran dibuat. Harga tawaran mestilah ditulis dalam bentuk angka dan perkataan di dalam borang tawaran, bilangan nombor lot serta butiran kenderaan yang hendak disebut harga.
  1. Tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat dan di tanda no. sebut harga “MDB/PA/01/2024(SH) – Sebut Harga Pelupusan Kenderaan MDB Bil. 1/2024” di sebelah kiri sampul surat dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat :-

      Yang Dipertua

      Majlis Daerah Baling

      09100 Baling

      Kedah Darul Aman

 

  1. Penyebut harga yang ingin membida kenderaan yang berstatus SCRAP hendaklah mempunyai sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa di bawah kod bidang 221901 (Membeli Barang Lusuh Tanpa Permit) atau 221902 (Membeli Barang Lusuh Perlu Permit).
  1. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang tertinggi atau Keputusan tawaran ini adalah muktamad dan sebarang surat menyurat mengenai rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  1. Semua kenderaan dijual “sebagaimana” (as is) “di mana” (where is) dalam keadaan semasa penjualan dan penyebut harga hendaklah berpuas hati dengan kenderaan-kenderaan ini sebelum menyertai tawaran.
  1. Kerajaan tidak menjamin keadaan mutu, kualiti atau butir-butir kenderaan tersebut serta tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan yang telah dijual.
  1. Tempoh sah laku Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) adalah 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.
  1. Penyebut harga jika menarik balik tawaran sebut harga dalam tempoh sah laku sebut harga akan dilucuthak depositnya kepada Majlis.
  1. Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menjelaskan pembayaran sepenuhnya baki tawaran dalam tempoh empat belas hari (14) dari tarikh surat pemberitahuan tawaran sebut harga berjaya. Jika penyebut harga berkenaan gagal berbuat demikian deposit sebut harga akan dilucuthak kepada Majlis.
  1. Penyebut harga yang berjaya boleh membuat baki pembayaran di Kaunter Hasil, Majlis Daerah Baling.
  1. Bagi penyebut harga yang berjaya dan telah membuat bayaran sepenuhnya dikehendaki mengambil kenderaan tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh bayaran dibuat. Jika penyebut harga gagal mengambilnya Majlis akan melucuthak kenderaan tersebut dan melupuskannya tanpa notis.
  1. Penyebut harga yang berjaya juga perlu menukar nama pemilik terlebih dahulu sebelum kenderaan diambil dan kos bagi urusan tersebut perlulah ditanggung sepenuhnya oleh penyebut harga termasuklah urusan puspakom.
  1. Deposit Sebut Harga bagi penyebut harga yang tidak berjaya akan dikembalikan sebaik sahaja keputusan laporan pembukaan peti sebut harga dibuat kecuali bagi penyebut harga yang membuat tawaran harga tertinggi, kedua tertinggi dan ketiga tertinggi.
  1. Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Baling yang berkhidmat secara hakiki tidak dibenarkan menyertai tawaran sebut harga ini.
  1. Kenderaan-kenderaan yang ditawarkan boleh dilihat di tempat simpanan mengikut dimana lot kenderaan ditawarkan. Tarikh lawatan bermula 29 Januari 2024 hingga 14 Februari 2024 diantara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.
  1. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN tetapi penyebut harga / syarikat boleh melawat tapak simpanan kenderaan seperti yang telah dinyatakan dalam kenyataan sebut harga.
  1. Penyebut harga yang ingin melihat kenderaan-kenderaan tersebut diminta menghubungi urusetia di Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan / Bahagian Perolehan dan Aset, Jab. Perbendaharaan Majlis Daerah Baling.
  1. Tawaran sebut harga ini akan dilanjutkan kepada 14 Februari 2024 jam 12.00 tengahari. Tawaran yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan tidak dilayan termasuk secara pos.
  1. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Norisyah binti Ibrahim (Bahagian Perolehan dan Aset) di talian 04-4701800.

Sila muat-turun dokumen berikut :

Notis Lanjutan Tawaran Tender Pelupusan Kenderan Majlis Daerah Baling 2024

BORANG SEBUT HARGA PELUPUSAN KEWPA-28

NO LOT GAMBAR-GAMBAR KENDERAAN

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

Skip to content