APA ITU PELAN SETARA ?
Pelan Setara merujuk kepada pelan lakar dan garis panduan teknikal yang disediakan khusus bagi tujuan tambahan dan pindaan kecil rumah. Pelan ini bertujuan untuk memudahkan orang awam dalam memahami jenis serta ciri tambahan yang dibenarkan, selain mempercepatkan proses permohonan pindaan dengan kos yang lebih rendah dan kaedah yang lebih mudah. Tambahan atau pindaan yang dibenarkan hanya terhad kepada bahagian hadapan, belakang dan sisi (bagi lot tepi sahaja) di tingkat bawah.
Melalui pelan setara, proses ubah suai rumah menjadi lebih efisien dengan keperluan dokumen yang minimum seperti salinan kad pengenalan, cukai taksiran dan tanah terkini serta gambar rumah. Inisiatif ini membawa pelbagai kelebihan kepada pemilik rumah seperti kos yang murah, proses yang cepat dan menjimatkan masa serta tenaga.
Sila Rujuk Risalah Seperti Yang Tertera Dibawah
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1