Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan melaluinya MPLBP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan. Antara fungsi MPLBP ialah :- 

  1. Merancang dan mengawal pembangunan berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi.  

  2. Melesen dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.

  3. Menyelaras dan membantu pembangunan di Langkawi.

  4.  Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.

  5. Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap dalam keadaan indah dan menarik.

  6. Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, pondok bas dan kemudahan rekreasi.

  7. Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan atau kawalan penyakit berjangkit.

  8. Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaiktaraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.

  9. Meningkatkan kutipan cukai taksiran.

  10. Memantau pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar