LATAR BELAKANG

MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Majlis Perbandaran Kulim bermula penubuhannya pada 1 Februari 1978 selepas penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Majlis Daerah Kulim ditubuhkan melalui pencantuman beberapa MajlisTempatan dalam daerah Kulim merangkumi :-

Bunga Alamanda adalah
Bunga Rasmi bagi
Majlis Perbandaran Kulim

mpk

Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) membolehkan Majlis Daerah Kulim dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kulim. Memorandum telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan telah bersetuju untuk Majlis Daerah Kulim memperkemaskan struktur organisasi untuk dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan. Susulan itu, pada tanggal 30hb Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim telah diisytiharkan dan dinaik taraf ke Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Daerah Kulim mempunyai keluasan 76,575.89 hektar meliputi 15 mukim utama dan mempunyai 2 PBT yang masing-masing dengan keluasan berikut :-

Majlis Perbandaran Kulim – 74,599.84 hektar
PBT TPHTK – 1,976.05 hektar

mpk

Asal usul nama Kulim

Kulim dipercayai dibuka dan didiami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama asal bandar Kulim mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil pokok Kulim (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.) Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negaranegara ASEAN yang lain. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00. 

 

 

 

Skip to content