INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Universiti Utara Malaysia

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti keenam ditubuhkan di Malaysia. UUM ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perbadanan Universiti Utara Malaysia dan menggunakan cogan kata “Ilmu, Budi, Bakti”. Visi UUM adalah untuk menjadi sebuah universiti pengurusan yang terkenal, manakala misi UUM adalah kearah merealisasikan Universiti Utara Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan secara berterusan demi menghasilkan modal insan yang mampu dan beriltizam membangunkan negara dan kemanusiaan.

Peristiwa penubuhan UUM terjadi berikutan permintaan yang bertambah terhadap pendidikan tinggi dan kekurangan tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Oleh itu, pada bulan Ogos 1983, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan kertas kerja untuk projek universiti keenam ini. Projek universiti keenam ini mendapat kelulusan daripada Kabinet pada 19 Oktober 1983. Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah telah dilantik selaku Canselor UUM. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato’ Awang Had Salleh.

Terdapat dua cawangan UUM, iaitu cawangan pertama di Sintok,Kedah yang juga merupakan kampus induk UUM manakala kampus UUM kedua bertempat di Kuala Lumpur. Pada tahun 2008, UUM telah berjaya melakar sejarah dengan melakukan perubahan secara besar-besaran. Sebanyak 13 buah Fakulti telah digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik yang masing-masing terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS).

Selain merupakan sebuah universiti yang terkemuka, UUM juga mempunyai banyak keunikan yang tersendiri iaitu kemudahan-kemudahan seperti University Inn dan EDC Hotel untuk kunjungan para pelancong. Di samping itu juga, UUM telah menyediakan sebanyak 600 unit rumah untuk kebajikan kakitangan yang berkhidmat untuk universiti tersebut. Sebahagian kawasan hutan simpannya seluas 107 hektar telah dimajukan oleh UUM sebagai salah satu tarikan pelancongan di wilayah utara dengan mewujudkan beberapa kemudahan seperti padang golf 9 lubang, litar go-kart antarabangsa, kawasan perkhemahan, lapang sasar menembak dan memanah, taman rusa, pusat ekuestrian dan sebagainya.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Utara_Malaysia

               

Kolej Komuniti

Beroperasi di bawah pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Teknik, Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Teknik, Kolej Komuniti Bandar Darul Aman yang juga dikenali sebagai KKBD telah ditubuhkan pada 1 Jun 2001. KKBD telah beroperasi pada Mei 2004 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia terletak di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah dan berada dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu. Kolej ini ditadbir oleh seorang pengarah dengan bantuan dua orang ketua jabatan dan disokong oleh 134 orang pensyarah serta 25 orang kakitangan.

Satu program Diploma Teknologi Komputer (DTK) ditawarkan oleh KKBD manakala empat program peringkat sijil iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS), Sijil Teknologi Elektronik (STE) dan Sijil Automotif (SAU) turut ditawarkan oleh KKBD.

Cawangan pertama KKBD yang menawarkan program Sijil Automotif (SAU) telah dibuka pada tahun 2006 di Bandar Darulaman manakala cawangan kedua yang dibuka di Jerai pada tahun 2007 menawarkan program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan.

KKBD juga berperanan sebagai penggerak masyarakat dan pemangkin ekonomi masyarakat menerusi aktiviti dan kerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Daerah Kota Star (DKS), Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Yayasan Tekun, Yayasan Sultanah Bahiyah dan lain-lain agensi.

Sumber : http://www.kkbda.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1&Itemid=40

Institut Perguruan (IPG) Kampus Darul Aman

Institut Perguruan (IPG) Darul Aman telah ditubuhkan pada 1 Jun 1990 di kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Pada masa itu, sebanyak 218 orang pelajar, beberapa staf sokongan dan pensyarah dari Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur adalah peneraju awal institut tersebut.

Berkeluasan sebanyak 25 hektar, kampus ini terdiri daripada lapan buah bangunan akademik, sebuah bangunan pentadbiran, sebuah bangunan gerakerja kokurikulum (GERKO), sebuah bangunan Budisiswa, sebuah dewan besar dan sebuah bangunan pusat sumber. Terdapat juga prasarana-prasarana lain seperti surau, gelanggang permainan dan kemudahan sukan serta olahraga.

Kampus ini dikongsi bersama dengan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (lAB) yang menduduki dua buah bangunan akademik. Kursus Perguruan Asas Pengajian Sekolah Rendah Lima Semester dalam bidang Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris, Pengajian Cina, Pengajian Agama Islam, Sains dan Matematik serta Matematik dan Muzik dikendalikan oleh institut ini manakala untuk sekolah menengah, institut ini mengendalikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah, Pengajian Melayu dan Sastera, Perdagangan dan Perakaunan serta Perdagangan dan Ekonomi Asas. Di samping itu, Kursus Perguruan Lepas Diploma dalam bidang Sains telah diperkenalkan pada sesi 1995.

Kursus dalam perkhidmatan iaitu Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) dalam bidang Program Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Pemulihan serta Bimbingan dan Kaunseling juga dikendalikan oleh institut ini. Selain itu, Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan dan Bimbingan dan Kaunseling turut diwujudkan. Pada bulan Julai 1996, Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) telah diperkenalkan untuk menggantikan KSPK manakala Kursus Diploma Perguruan Malaysia telah diperkenalkan pada bulan Ogos 1996.

Kini, IPG KDA mempunyai tujuh buah jabatan yang terdiri Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Bahasa, Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Kajian Sosial, Jabatan Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Institut_Pendidikan_Guru_Kampus_Darulaman

 

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) merupakan sebuah politeknik yang terletak di Bandar Darulaman, JitraKedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.

Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.

Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan dibuka secara rasmi pada 23 Mac 1989 oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ketika itu. Semenjak tarikh ini, nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, sempena nama baginda.

Ditubuhkan pada Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan mereka adalah Politeknik Ketiga di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. POLIMAS bertujuan menyediakan latihan dan pendidikan kepada SPM dan SPM (V) lepasan sekolah untuk menghasilkan tenaga manusia berkualiti di peringkat separuh profesional untuk memenuhi keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia dan menawarkan kursus sijil dan diploma sepenuh masa dalam kejuruteraan awam, perkhidmatan bangunan, perancangan bandar dan wilayah, seni bina, ukur kuantiti, kejuruteraan mekanikal, mekatronik, kejuruteraan elektrik, teknologi maklumat, akauntan, pemasaran dan kajian perniagaan. Program latihan perindustrian (LI) adalah sebahagian daripada semua kursus yang ditawarkan dan latihan praktikal adalah wajib.

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). IAB berperanan bagi menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara Malaysia

Institut Aminuddin Baki (IAB) telah ditubuhkan pada Mac 1979 dengan dikenali sebagai “Malaysian Educational Staff Training Institute” (MESTI)MESTI ialah sebuah Institut Latihan Pegawai-Pegawai Pendidikan yang status awalnya adalah sebahagian daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu. Pada awalnya bertempat di Bahagian Pendidikan Guru kemudiannya telah berpindah ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada bulan Ogos 1979 sehingga September 1980 sebelum berpindah pula ke Blok 1, Kompleks Pantai Puri, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Ia kemudiannya dikenali sebagai Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN) pada bulan Mac tahun 1985 selaras dengan perkembangan pesatnya dan serentak dengan perpindahan operasinya ke kampus induknya sendiri yang terletak di kawasan seluas 121 ekar di Sri Layang, Genting Highlands.

Pada 14 Mac 1988 YB Menteri Pendidikan Malaysia mengisytiharkan nama baru IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai mengenang jasa Allahyarham Aminuddin Baki (Penasihat Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dalam bidang pendidikan. Pada Februari 2014 IAB telah berpindah ke kampus induk di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan dengan Kampus Genting Highlands dijadikan IAB Cawangan Genting Highlands. Sekarang IAB mempunyai satu kampus induk dan empat cawangan.

PAUTAN DALAMAN

WebMail
E-Mesyuarat

HUBUNGI KAMI

Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Kompleks Pentadbiran Daerah,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tel  : 604-9183300
Fax : 604-9174057

Hakcipta Terpelihara 2024 © Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Skip to content