PUSAT KEMAHIRAN

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra adalah salah sebuah pusat latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia. Institut ini terletak di Kilometer 23, Jalan Changloon dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Institut ini dibagunkan di atas tanah seluas 52 ekar di mana ianya boleh melalui jalan lama ke Changloon ataupun melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Alor Star ke Bukit Kayu Hitam. IKBN Jitra telah beroperasi sepenuhnya mulai Januari 1991.

Begitupun, satu majlis perasmian telah diadakan sempena pembukaan institut ini dan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad pada 10 Oktober 1991. Matlamat utama penubuhan IKBN Jitra ialah memberi latihan dalam melahirkan para belia yang berdisiplin, berkemahiran teknikal dan berpengetahuan perniagaan. Manakala objektif penubuhannya adalah untuk memberi latihan vokasional kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir mengikut piawaian Jabatan Penbangunan Kemahiran (JPK).

Di samping dapat memberi khidmat nasihat dalam meningkatkan disiplin di kalangan belia sesuai dengan aspirasi negara, memberi latihan perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif dan berdaya saing serta menyediakan kursus jangka pendek dalam bidang-bidang tertentu sebagai latihan lanjutan kemahiran bagi meningkatkan mutu kerja.nInstitut ini menjalankan konsep latihan bersepadu seperti bidang kemahiran, latihan kawad dan budaya disiplin, keusahawanan, bina insan dan kepimpinan, keagamaan, sukan dan rekreasi serta khidmat masyarakat dengan ratio kemahiran sebanyak 70 peratus dan pembangunan insan sebanyak 30 peratus.

Institut ini berazam untuk memberi pelbagai Latihan Kemahiran di dalam pelbagai jurusan dan latihan bina diri dalam satu jangka masa yang optima. Menentukan kejayaan para pelatih dalam peperiksaan persijilan dalam satu jangka masa yang ditetapkan dengan tahap pencapaian sebanyak 85 peratus ke atas. Di samping menyediakan khidmat sokongan sepanjang tahun bagi meningkatkan prestasi organinasi.

PAUTAN DALAMAN

WebMail
E-Mesyuarat

HUBUNGI KAMI

Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Kompleks Pentadbiran Daerah,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tel  : 604-9183300
Fax : 604-9174057

Hakcipta Terpelihara 2024 © Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Skip to content