PENGANGKUTAN

Teksi dan Kereta Sewa

Perkhidmatan Teksi dan Kereta Sewa

 

Perkhidmatan teksi dan kereta sewa dioperasikan di bawah Kesatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Jitra, Bukit Kayu Hitam dan Changloon dengan jumlah teksi sebanyak 330 buah yang beroperasi . Perkhidmatan ini beroperasi dari pukul 5.30 pagi hingga pukul 12.00 malam. Manakala purata penumpang dalam satu hari hanyalah 20 orang bagi satu tiket.

Perkhidmatan Kereta Api

Perkhidmatan Keretapi

Perkhidmatan keretapi juga terdapat didalam daerah Kubang Pasu dan salah satu stesyennya yang masih beroperasi terletak di Tunjang. Perkhidmatan keretapi di daerah Kubang Pasu berperanan besar mengangkut barangan seperti beras dan makanan binatang. Peranannya untuk mengangkut penumpang adalah kurang penting bagi penduduk tempatan memandangkan perkhidmatan seperti penyediaan jalan raya adalah lebih mudah bagi penduduk untuk menggunakannya.

Bas Biasa dan Bas Ekpres

Perkhidmatan Bas

Perkhidmatan bas merupakan pengangkutan awam yang terpenting terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian. Perkhidmatan bas di Daerah Kubang Pasu terdiri daripada bas berhenti-henti dan bas ekspress

Perkhidmatan Bas Berhenti-henti

Di daerah Kubang Pasu hanya terdapat satu syarikat berhenti-henti iaitu HBR Group of Companies. Jadual di bawah menunjukkan laluan perkhidmatan bas henti-henti di daerah Kubang Pasu.

No. Laluan

Laluan Perkhidmatan

Jarak Perkhidmatan (KM)

Jumlah Perjalanan Sehari

31

Alor Star-Jitra

44

90

32

Kepala Batas- Alor-Star

13

154

33

Changloon- Jitra

19

44

34

Alor Star-Bukit Pinang

19

32

35

Changloon-Kodiang

16

12

36

Changloon-Sintok

16

22

37

Changloon-Bukit Kayu Hitam

10

16

38

Alor Star-Tunjang-Stesyen Keretapi Jeram

29

20

36A

Alor Star-Sintok (UUM)

50

14

36B

Changloon-Bukit Tangga

14

8

Perkhidmatan Bas Ekspres

 

Perkhidmatan Bas Ekspres di daerah Kubang Pasu disediakan oleh enam syarikat bas utama iaitu Plusliner , Transnasional, Sutera, Jelita Damai Ria dan Hayat Ekspres. Laluan –laluan perkhidmatan syarikat-syarikat tersebut adalah seperti rajah di bawah:

Nama Syarikat

Laluan Perkhidmatan

Masa Operasi

Plusliner

i) Changloon-Kuala Lumpur

10.00 pagi dan10.30 malam

ii) Changloon-Johor Bharu

9.00 malam

Transnasional

i) Jitra-Kuala Lumpur

9.00 pagi dan 10.45 malam

ii) Jitra- Seremban

10.00 pagi dan 9.00 malam

iii) Jitra-Kota Bharu

10.00 pagi dan 9.00 malam

Sutera

i) Jitra-Kuala Lumpur

8.30 pagi dan 10.30 malam

ii) Jitra-Kuala Terangganu

8.45 malam

Jelita Trantour

i) Jitra-Kuala Lumpur

8.30pagi dan 10.30 malam

ii) Jitra-Ipoh

8.30pagi dan 10.30 malam

Damai Ria

i) Jitra-Kuala Lumpur

9.00 pagi

ii) Jitra-Johor Bharu

11.30 malam

iii) Jitra-Singapura

10.00malam

Hayat Ekspres

i) Jitra-Segamat

7.30 malam dan 8.45malam

ii) Jitra-Seremban

7.30 malam dan 8.45malam

iii) Jitra –Singapura

6.15 malam dan 9.00 malam

Perkhidmatan Udara

 

Perkhidmatan Udara

 

Lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar yang terletak di Kepala Batas iaitu di sempadan selatan Daerah Kubang Pasu. Ia memberikan perkhidmatan udara domestik antara Kuala Lumpur dan Alor Star . Penerbangan Malaysia (MAS) pada masa sekarang mengadakan sebanyak 4 penerbangan sehari (28 penerbangan seminggu) di atas sektor Kuala Lumpur –Alor Star. Berdasarkan kepada pengaliran trafik seperti di atas, sektor berkenaan dalam lingkungan 60% load factor.

  •  

PAUTAN DALAMAN

WebMail
E-Mesyuarat

HUBUNGI KAMI

Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Kompleks Pentadbiran Daerah,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tel  : 604-9183300
Fax : 604-9174057

Hakcipta Terpelihara 2024 © Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Skip to content