PIAGAM PELANGGAN UNIT UNDANG-UNDANG MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Memastikan nasihat undang-undang jelas dan tepat kepada persoalan atau isu yang lengkap kepada jabatan dalam masa 1 minggu dari tarikh penerimaan.
  • Memastikan nasihat dan penerangan mengenai undang-undang yang jelas dan tepat kepadsa persoalan atau isu yang lengkap secara lisan oleh orang awam dalam tempoh 30 minit.
  • Memastikan tindakan undang-undang diambil dalam 3 minggu dari tarikh fail kes yang lengkap diterima.
  • Memastikan semakan perjanjian dibuat dalam masa 2 miggu.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Memastikan setiap aduan awam diambil tindakan dalam tempoh 2 hari (hari bekerja)
  • Memastikan kerja-kerja meroboh binaan haram dilaksanakan dalam tempoh 7 hari setelah tamat tempoh notis.
  • Memastikan pengurusan barang-barang sitaan boleh dikembalikan dalam temph 24 jam setelah urusan pembayaran dibuat.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERANCANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Memberi keputusan terhadap permohonan perancangan yang lengkap dalam tempoh masa yang berikut:

- Projek-projek yang berskala besar (6 bulan)

- Lain-lain projek (3 bulan)

  • Memberi keputusan terhadap permohonan penamaan kawasan dan jalan yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Memberi keputusan terhadap permohonan perlanjutan tempoh kebenaran merancang yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja.

PIAGAM PELANGGAN UNIT BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

Aktiviti
Tempoh
• Memastikan permohonan kelulusan Pelan Bangunan yang lengkap diproses dan diberikan kelulusanTidak lebih daripada dua (2) bulan.
• Memastikan permohonan kelulusan Pelan Bangunan/ Struktur/SementaraTidak lebih daripada dua (2) bulan.
• Memastikan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan (Pengubahsuaian Bangunan Kediaman) yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan.Tidak lebih daripada satu (1) bulan.
• Memastikan Permohonan Kelulusan Sijil Layak Menduduki yang lengkap diproses dan diberikan kelulusan.Tidak lebih daripada satu (1) bulan.
• Memastikan Pengembalian Wang Pertaruhan yang lengkap diproses dan diberikan kelulusanTidak lebih daripada dua (2) bulan.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT PROJEK MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Semua aduan kerosakkan ke atas infrastruktur dan kemudahan awam diambil tindakan awal dalam tempoh satu (1) minggu.
  • Semua permohonan kelulusan pelan lampu jalan sekim perumahan yang lengkap dan mematuhi syarat TNB akan diberikan kelulusan dalam tempoh satu (1) bulan.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENILAIAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Keraguan tentang cukai taksiran akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam dari tarikh menerima aduan.
  • Boring pindah milik (Borang J/J) yang telah lengkap akan di proses dalam masa ½ jam.
  • Permohonan lapur kosong akan diselesaikan selepas dimaklumkan (3 hari).
  • Permohonan lapur reban/roboh akan diselesaikan selepas dimaklumkan (3 hari).

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KEWANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Mengeluarkan bil cukai taksiran 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berkualiti kepada para pelanggan dalam tempoh 5 minit.
  • Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh sesuatu tuntutan diluluskan untuk pembayaran.

  • Penyediaan petak sewa khas akan diproses serta-merta dalam 1 hari.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT KEBERSIHAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Memberi perkhidmatan pembersihan longkang tiga bulan sekali.
  • Memberi perhatian pada setiap aduan yang diterima dalam tempoh 24 jam.

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT RUANG NIAGA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Proses permohonan ruang niaga baru akan dipanggil temuduga dalam tempoh kurang dari 60 hari.
  • Keputusan temuduga dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh temuduga.
  • Menentukan penyelarasan dan tindakan susulan diambil kurang dari 7 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Menjawab surat-surat yang diterima dalam tempoh kurang dari 14 hari.
  • Tindakan edaran bil-bil sewa dan kutipan sewa gerai penyewa diambil tindakan pada atau sebelum 16 haribulan setiap bulan.
  • Semakan sewa dan penyediaan bil sewa bulanan di kaunter mengambil masa kurang 5 minit.

PIAGAM PELANGGAN UNIT PERLESENAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Permohonan lesen perniagaan yang mengemukakan permohonan lengkap akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 5 minggu hari bekerja.
  • Permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi yang mengemukakan permohonan lengkap akan dproses serta dirujuk ke jabatan teknikal dan keputusan diberi dalam tempoh 8 minggu hari bekerja.
  • Permohonan lesen penjaja/permit diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 10 hari bekerja.
  • Permohonan permit pemasangan sepanduk dan "streamer" diproses dan diluluskan dalam tempoh 1 hari dan permohonan lesen iklan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Permohonan lesen gerai yang mengemukakan permohonan lengkap akan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Setiap aduan akan diselesaikan dalam tempoh 1-21 hari bekerja (bagi aduan yang tidak melibatkan peruntukkan kewangan)

 

PIAGAM PELANGGAN BAHGIAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

  • Memproses permohonan cuti rehat kakitangan tetap/kontrak/sambilan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan.
  • Memenuhi permohonan barangan alatulis yang lengkap daripada bahagian-bahagian dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  • Menyediakan jemputan mesyuarat untuk mesyuarat-mesyuarat majlis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
  • Menyegerakan jawapan kepada surat menyuarat berkaitan pentadbiran majlis dalam tempoh 3 hari

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)